PREVIEW: Kawasaki Ninja 250R 2013

Kali ini, pihak Malaysian Riders akan membawakan pemerhatian atau perbandingan secara lebih spesifik buat jenterea Kawasaki Ninja 250R 2013. Jentera yang baru-baru ini menggegarkan arena permotoran antarabangsa dengan reka bentuk yang lebih agresif dan peningkatan dari segi “performance”. Apa yang menariknya adalah ia kini telah berada di dalam pasaran Indonesia dan telah ada yang memilikinya. Salah seorang dari pemilik bertuah dari Indonesia itu adalah seorang yang juga pemilik Ninja 250R model 2009. Jadi kami telah cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran untuk menjadikan pandangan beliau sebagai asas cerita perbandingan kami.

Sila tonton video dibawah sebelum meneruskan pembacaan anda bersama Malaysian Riders.

Jadi, dari pandangan kami. Kawasaki Ninja 250R 2013 yang boleh dilihat melalui video diatas jelas menunjukkan beberapa perbezaan ketara. Pertama sekali, dari segi kualiti binaannya yang menunjukkan bahawa pengunaan bahan yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Namun begitu, ini tidak sama sekali membuktikan bahawa jentera Kawasaki 250R 2013 ini sebagai sebuah jentera yang tidak bagus dari segi kualitinya. Kerana apa? kerana kami sendiri belum berpeluang untuk sendiri mencuba jentera ini buat masa ini.

Seterusnya, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan kepada mekanisma jentera terbaru ini yang sememangnya lebih praktikal jika dibangdingkan dengan model yang terdahulu. “Safety Feature” yang terdapat pada model 2009 yang dipertunjukkan dalam video pula tidak lagi dikekalkan untuk model 2013 kali ini. Namun, pada kami ia bukanlah satu masalah yang besar dan sudah menjadi norma kepada pengguna motosikal di Malaysia untuk tidak memiliki sistem tersebut, terutama sekali kepada pengguna-pengguna yang tidak pernah memiliki jentera berkuasa sederhana dan keatas.

Dari segi rupa bentuk pula, memang ternyata reka bentuk yang diterapkan hasil gabungan dari ER6F 2012 atau Ninja 650R 2012 dan juga sedikit sentuhan dari reka bentuk Ninja ZX6R menghasilkan jentera yang lebih menarik berbanding jentera sebelumnya. Apa yang kami lihat adalah, cubaan Kawasaki untuk menarik minat pengguna dengan menyediakan jentera yang mempunyai rupa yang lebih rapat dengan jentera berkuasa tinggi dan ia juga tampak berhasil apabila lebih ramai yang jelas terpikat dengan reka bentuk terbaru ini. Namun, perlulah setiap pembeli ini memahami bahawa ia tetaplah sebuah jentera berkuasa sederhana dengan kapasiti 250cc.

Menurut pemilik dari Indonesia yang lebih awal telah mencuba jentera ini, tiada perbezaan ketara dari segi akselerasi jentera ini dengan yang sebelumnya. Dengan harga dari pasaran Indonesia iaitu RM16,337 untuk Ninja 250R 2013 dan RM18,629 untuk Ninja 250R-ABS 2013, ia ternyata satu jentera yang tidaklah terlalu mahal. Namun, harga tersebut bukanlah untuk pasaran di Malaysia kerana ia belum lagi dikenakan Tax dari Malaysia. Jadi apapun, teruskann bersama kami di Malaysian Riders untuk maklumat lanjut dari arena permotoran tempatan dan antarabangsa.

Jangan lupa untuk “LIKE” laman Facebook kami dan ikuti channel Youtube kami untuk lebih mudah mendapatkan kemaskini “exclusive” dari Malaysian Riders.

26 Comments

  1. “Dengan harga dari pasaran Indonesia iaitu RM16,337 untuk Ninja 250R 2013 dan RM18,629 untuk Ninja 250R-ABS 2013, ia ternyata satu jentera yang tidaklah terlalu mahal. Namun, harga tersebut bukanlah untuk pasaran di Malaysia kerana ia belum lagi dikenakan Tax dari Malaysia.”

    Malaysia Ninja 250r tahun 2008-2012 pun harga dah RM 21-22K…indon lagi murah!…

      1. Moto belum masuk, tapi kawasaki dah siap tayang dan gembar gembur….. bila ramai yg tertarik dan bertanya harga, mahal la jadinya. Jadi buat-buat cool dah ler….. agak-agak je la, pendapat aku.

      2. kawasaki 250R akam dilancarkan pada 11/10 2012 di malaysia. . mengikut sumber yang boleh dipercayai dan harganya mahal 2-3 ribu dari keluaran yang sebelumnya. . hu. . hu. .tinggi sangat tax kat malaysia ne. . apelah. .

  2. teman udah bayar booking di kdai..tp mtor lum ada lg..ujung taun ni katanya tauke..lebih kurang 24k..

  3. Sepatut nya kerajaan malaysia mengurangkan cukai bagi moto 500cc ke bawah, , bagi mengalak kan rakyat membeli dengan harga sederhana dan mampu milik. Tak ada ala motor kapcai lagi bersepah di jalan raya malaysia ni. Dan secara tak langsung, kemalangan motor berkuasa kecil dapat dikurangkan.

  4. ambe nie betol2 x sabar…ade dgr2 kata kelua bln 2-3.. tapi dgr2 lagi bln 1…hmm..hrga die 24900 lbih kurang..down payment 5000 monthly 408..oke tak?

  5. bile moto nih nk masuk malaysia eh ? ade sape tau tak ? ade org ckp lepas raya cina. tp aku duk gi jenguk2 kt kedai xde plak. huhu

  6. ninja 250r 2013 SE ada ABS atau tak ? tgk website kawasaki indonesia ninja 250r 2013 SE ada ABS .

  7. kenapa pihak kerajaan letak cukai terlalu tinggi…dah la petrol asyik naik ja…rendahkan la sikit cukai supaya kami yg teringin nak guna 250 cc tercapai…sedihnya…

Leave a reply to khairul Cancel reply