Memilih Motosikal

SUPERBIKE

Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan?. Keselesaan untuk penunggang dan penumpang tidak penting. Jarak perjalanan sehari lebih kurang 200km di atas tar dan tidak sekali-kali di trek yang berlumpur. Penampilan lumba (racing) dengan fairing penuh? Dengan bentuk yang kompak dan tiada ruang untuk menyimpan barang. Close ratio 6 speed gearbox untuk pecutan yang maksimum. Daya maneuver yang tinggi dan kestabilan.

Jika ciri-ciri di atas anda mahukan, maka apa yang sesuai untuk anda adalah di dalam kategori SUPERBIKE. CC adalah diantara 250 hingga 1300 CC. Direka khas bertujuan untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin. Motorsikal-motorsikal ini memerlukan gaya tunggangan yang agresif .

Contoh m

otosikal kategori superbike

image credited to original source Ducati 1198SP

TOURER

Keselesaan kepada penunggang dan penumpang adalah menjadi factor utama. Ingin melancong dalam jarak yang lebih jauh? Bentuk fizikal yang besar. Ruang barangan yang besaur yang dilengkapkan bersama fairing untuk memaksimakan keselesaan dalam perjalanan yang jauh.

Sebuah lagi motosikal berciri sukan (sport) dikenali sebagai sport touring, motosikal yang mempunyai bentuk fizikal hampir sama dengan motosikal superbike tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang bagi perjalanan jauh.

Antaranya adalah tempat duduk serta bar pemegang di tinggikan untuk memberi keselesaan manakala enjin juga ditala supaya lebih menjimatkan bahan api.

Apa yang sesuai bagi anda yang berjiwa seperti diatas adalah sebuah TOURER atau touring bike seperti dikenali ramai. Dengan jumlah CC yang agak besar, lebih kurang 1000 CC  dan keatas, motorsikal dalam kategori ini adalah lebih selesa untuk perjalanan yang jauh. Dilengkapi dengan windshield dihadapan yang membolehkan penunggang menunggangnya dengan selesa kerana mengurangkan rintangan angin. Posisi penunggang yang tidak membongkok juga memberi lebih keselesaan walaupun ditunggang dengan kelajuan yang tinggi.

Contoh motorsikal kategori TOURER

image credited to original source Honda ST1100

CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER

Apabila gaya diutamakan lebih dari prestasi dan deruman bunyi ekzos yang menyakitkan telinga, customization, stail dan atitud diutamakan. Bentuk fizikal yang besar dan berat dan cara tunggangan yang lebih kepada rekreasi dan makan angin, maka kategori dibawah perlu diambil kira.

Bagi penunggang jarak jauh yang kurang menggemari motosikal jenis sport touring, cruiser adalah sebuah lagi motosikal yang dicipta untuk perjalanan jauh.

Biasanya enjin motosikal cruiser mempunyai putaran enjin lebih rendah menjadikan kilasan yang tinggi walaupun kuasa kuda tidak tinggi.

Ini menjadikan cruiser motosikal jarak jauh terbaik yang menjimatkan petrol.

Dengan CC diantara 250 hingga ke 1400 dengan posisi yang relaks dengan belakang boleh bersandar kepada sesuatu (sesetengahnya). Dengan aksesori tambahan yang ada diantaranya melebihi dari harga motorsikal itu sendiri. Sesetengah CRUISER boleh dikategorikan sebagai TOURER juga.

Contoh motorsikal kategori CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER

image credited to original source Kawasaki Vulcan 900

CUSTOM CRUISER

Jika anda mahukan gaya yang lebih, anda seorang sahaja yang mempunyai motorsikal

dengan rekabentuk sedemikian (one of a kind) dan selalunya untuk single-rider, maka kategori seterusnya adalah pilihan anda.

American cruiser atau chopper adalah sejenis motosikal custom cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat.

Jentera buatan sendiri ini mempunyai bar pemegang yang lebih tinggi, tempat duduk rendah serta roda belakang jauh lebih besar daripada roda hadapan.

Selain itu, motosikal ini boleh dikenali melalui pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara.

Secara amnya, motosikal chopper berasaskan reka bentuk model Harley-Davidson tetapi biasanya pemilik akan mengubahsuainya mengikut selera masing-masing.

Contoh motorsikal dalam kategori CUSTOM CRUISER

image credited to original source Chopper Custom Harley

NAKED BIKE/SPORT BIKE

Anda minat superbike? Tapi tidak suka kepada fairing dan lebih suka dalam keadaan bogel (naked) maka ini adalah jawapan anda?

Secara batin (enjin, suspensi, gearbox) adalah sama dengan superbike, tetapi zahirnya, ia tidak mempunyai fairing yang menampakkan ia lebih beketerampilan dan berkuasa. Kelemahan yang pasti adalah ia tidak boleh ditunggang laju seperti superbike kerana ia tidak mempunyai windshield yang boleh mengurangkan rintangan angin terhadap badan penunggang, tetapi ia boleh diatasi dengan menambah windshield.

Contoh kategori NAKED BIKE/SPORT BIKE

image credited to original source MV Agusta Brutale

TRAIL BIKE

Motorsikal untuk merentas desa dan juga bandar. Detik perjalanan adalah lebih penting daripada kelajuan. Untuk mereka yang mahu meneroka jalan bertar, berpasir dan denai-denai  keselasaan adalah antara faktornya dan juga sedikit ruang barangan untuk perjalanan jauh. Trail bike yang besar adalah lebih kurang seperti tourer dengan kemampuan yang lebih iaitu menempuhi jalan-jalan off road.

Ia juga dikenali sebagai dual sport/enduro. Membenarkan penunggang menunggang dalam keadaan posisi badan yang tegak. Pilih tayar anda sama ada untuk kegunaan jalanraya atau jalan berpasir.

Contoh TRAIL BIKE

Image credited to original source Honda XR650L


MOTOCROSS

Teruja dengan off road? Rally Paris-Dakar? Keselesaan bukanlah faktor utama di dalam kategori ini. Sesuai di dalam suasana berpasir, berlumpur dan bukit bukau. Kategori ini menjadi pilihan.

Contoh MOTOCROSS

Image credited to original source KTM 250SX


MOTARD/DUAL PURPOSE

Ada sebuah lagi motosikal lasak tetapi lebih selesa di jalan raya yang dikenali sebagai dual-purpose.

Motosikal dwi-kegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi sistem suspensi dan ketinggiannya dipadankan supaya selesa digunakan di atas jalan raya biasa.

Contoh MOTARD/DUAL PURPOSE

Image credited to original source Ducati Hypermotard 1100



MOPED/KAPCAI

MOPED berasal dari perkataan MOtorcycle with PEDal, manakala KAPCAI adalah berasal dari perkataan CubChai iaitu Cub dari Motor Honda Cub manakala Chai adalah berasal dari perkataan lengChai yg membawa maksud Lengchai yang menunggang Honda Cub  kerana pada masa itu Honda dibawa masuk oleh Boon Siew dan Lengchai adalah gelaran kepada Tan Sri Boon Siew 

 
Ia merupakan motosikal kegemaran rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, kapcai adalah motosikal kecil yang amat popular berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah.

Motosikal kapcai juga ada di Eropah tetapi ia dikenali dengan panggilan skuter.

Model ini digerakkan enjin antara 50cc hingga 125cc, oleh itu kapcai amat menjimatkan petrol dengan kadar purata penggunaan petrol serendah antara 38 kilometer per liter (km/l) sehingga lebih 50 km/l.

Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin mati selain turut dikeluarkan versi klac manual sepenuhnya.

Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub tetapi tahap keselamatan motosikal ini terlalu rendah berbanding motosikal lebih besar.

Contoh MOPED/KAPCAI


SKUTER

Skuter adalah motosikal popular ketika ini. Motosikal skuter lazimnya dijana enjin sekecil 50cc hingga 200cc tetapi ada model skuter dengan kapasiti antara 250cc hingga 900cc.

Motosikal skuter amat digemari golongan muda di Eropah kerana ia menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan.

Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan terdiri daripada enjin satu silinder untuk meninggikan kuasa tork.

Model skuter terawal menggunakan transmisi manual tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT.

Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk manakala bagi skuter bersaiz besar, tangki minyaknya terletak di bahagian hadapan.

Kebanyakan skuter moden kini mempunyai ruang sim panan barang di bawah tempat duduk. Model terawal skuter adalah daripada model Piaggio Vespa

Contoh SKUTER

Image credited to original source Gilera Runner

Disediakan oleh: Abdul Hafiz

One thought on “Memilih Motosikal

  1. Pingback: Memilih Motosikal | Malaysian Riders

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s