Penunggang moto3 bagi pasukan AirAsia-SIC-Ajo Zulfahmi dalam kenyataan baru-baru ini memberitahu bahawa dia akan menyasarkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik sehingga tamat musim 2012 ini. Beliau nyata realisitik dengan kenyataan beliau melihatkan dari kejayaan dalam sesi ujian Moto3 yang dijalankan baru-baru ini.

Zulfahmi berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik sebanyak 5 kali dari 6 sesi ujiam yang berlangsung dengan hanya terlepas satu peluang akibat dari kemalangan yang berlaku. Mengakui dalam kenyataannya bahawa terdapat beberapa pihak yang skeptikal dengan kebolehannya untuk mengendali jentera 4-lejang. Ia tidak sekali melemahkan semangat dirinya untuk berusaha dan membuktikan dirinya mampu untuk bersaing pada tahap tertinggi ini.

Meskipun dikatakan ada pihak yang tidak yakin dengan kemampuan Zulfahmi untuk bersaing, pihak Malaysian Riders berpendapat ia tidak akan menjadi masalah untuk Zulfahmi kerana sudah lama bersaing sebelum ini menggunakan jentera 4-lejang khususnya sewaktu beraksi pada kejuaraan Cub Prix dahulu.

Penunggang berusia 20 tahun ini yang akan menggunakan jentera “Factory KTM” menyatakan impiannya tercapai untuk menunggang jentera tersebut dan turut menyatakan ia merupakan penghormatan buat dirinya untuk menjadi salah seorang dari 5 penunggang yang akan bersaing menggunakan jentera khas tersebut.

Apa pun yang bakal ditempuhi oleh Zulfahmi pada saingan Moto3 untuk musim 2012 ini, sesuatu yang pasti adalah sokongan dari seluruh rakyat Malaysia bakal diperoleh dalam usahanya meningkatkan prestasinya dan seterusnya mengahrumkan nama negara dipersada sukang permotoran antarabangsa.

SOURCE

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger