image credited to Virtual Malaysia

Permulaan musim baru buat MotoGP yang akan bermula di litar Losai, Qatar. Tumpuan Malaysian Riders semestinya terarah kepada pelumba negara Zulfahmi Khairudin yang akan memulakan musim barunya bersama jentera Moto3 dengan menggunakan motosikal KTM.

Aksi Zulfahmi dalam sesi ujian bebas semalam nyata memberangsangkan dengan catatan masa 2:08:658 pada sesi ujian masa bebas kedua. Ini merupakan sesuatu yang mengagumkan dan memperlihatkan bahawa jenteranya mempunyai kekuatan bukan sahaja untuk mencabar kelompok hadapan malah mempunyai peluang untuk menjadi pencabar buat kejuaraan musim ini.

Namun semuanya mungkin terlalu awal untuk berspekulasi dan semestinya apa-apa boleh terjadi sewaktu perlumbaan sebenar. Sesi ujian masa ke-3 hari ini akan berlangsung pada jam 12 A.M (waktu Malaysia) dan diharapkan yang terbaik buat Zulfahmi dengan usahanya disana. Teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangan terkini dalam masa yang terdekat ini.

One response to “Zulfahmi Mengagumkan”

  1. ain Avatar
    ain

    zulfahmi !! fighting !!

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger