Pada tarikh 11 Oktober baru-baru ini, pihak Malaysian Riders telah turut serta dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh pihak Next Bike Sdn Bhd atau Ducati Malaysia untuk pelancaran jentera Ducati Monster Diesel. Jentera yang merupakan sebuah buatan khas yang terhad dengan kerjasama jenama pakaian terkenal iaitu DIESEL.

Pihak Ducati Malaysia dalam majlis yang santai di The Pressroom Bangsar yang dihadiri oleh pihak media dan juga pemilik-pemilik Ducati yang turut memeriahkan suasana majlis pelancaran Ducati Monster Diesel yang merupakan sebuah jentera Monsyer 1100 Evo dengan sentuhan istimewa oleh pihak Ducati bagi memberikan nafas baru dan juga aura yang dibawa oleh jenama Diesel.

Bukan itu sahaja, malah pelancaran motosikal tersebut juga merupakan satu pelancaran dimana jentera yang dipamerkan juga telahpun mempunyai pembeli dan pemiliknya. En. Lob Muhammad Abdul Shukor telah membeli jentera istimewa tersebut buat isterinya Pn.Norcilla Omar sebagai hadiah istimewa darinya. Apapun, jentera Monster Diesel ini sememangnya mempunyai rupa bentuk yang unik dan lebih garang dengan warna hijau mati seperti warna yang sering digunakan pihak tentera.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk kemaskini yang lebih terbaru dan ikuti kami dengan lebih mudah dengan menekan butang LIKE di laman FACEBOOK kami atau menekan butang SUBSCRIBE di laman YOUTUBE kami.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger