3quater side w shadow-RED-client

Baru-baru ini, pihak Malaysian Riders telah dijemput bagi menghadiri sesi pelancaran jentera terbaru dari Boon Siew Honda. Dua model iaitu EX5 110 dan Air Blade telah dilancarkan serentak yang diadakan di Hotel Awana Genting Highlands dengan jentera kesemua pihak media motosikal telah diberikan ruang untuk mencuba jentera tersebut. Pihak kami juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba jentera tersebut namun fokus kami agak berbeza untuk sesi kali ini.

RW side

Jentera Air Blade menjadi fokus buat kami buat kali ini dan kami turut akan buat pertama kali mencuba penyampai dan penunggang uji kami yang terbaru bagi mewarnai rancangan kami di Malaysian Riders TV. Jentera Air Blade dipasarkan dengan harga RM7,708 dan ia merupakan sebuah jentera scooter berkapsiti 125cc. Terdapat beberapa teknologi yang digunakan pada jentera ini menjadi perhatian kami. Namun pada dasarnya, ia tetap sebuah jentera scooter yang biasa dengan pengkhususan pasaran kepada generasi lebih muda.

idling stop

Kami akan mengeluarkan video tunggang uji kami dalam masa terdekat ini bersama-sama sebuah filem tunggang uji yang pastinya lebih dinanti-nantikan iaitu jentera Ducati 1199 Panigale S. Berkenaan jentera Air Blade dari Honda ini, pandangan pertama kami tentang jentera ini ia merupakan sebuah jentera yang baik dan tidak mempunyai terlalu banyak masalah dari segi tunggangan. Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan video tunggang uji kami dalam masa terdekat ini.

exhaust pipe

Apapun, terima kasih atas sokongan anda semua kepada Malaysian Riders dan jangan lupa untuk LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE kepada YOUTUBE CHANNEL kami untuk mendapatkan informasi yang terkini dari kami dengan lebih mudah.

2 responses to “Honda Air Blade”

  1. orong-orong Avatar

    ijin share bos

    1. malaysianriders Avatar

      sila sila…

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger