CYBERJAYA, 11 JANUARI 2024 – CFMOTO Malaysia akhirnya melancarkan model kategori grand tourer yang memiliki kapasiti enjin terbesar untuk pasaran Malaysia iaitu 1250TR-G dengan harga permulaan RM88,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ditawarkan dengan dua warna pilihan, CFMOTO 1250TR-G ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah CFMOTO di seluruh Malaysia bermula minggu hadapan.

Setiap perincian pada motosikal ini yang menyerlahkan ciri kemewahan telah dibangunkan dengan enjin V-Twin 1,279cc yang menjana kuasa maksimum 140hp pada 8,5000rpm dan tork 120Nm pada 7,000rpm. Model CFMOTO terbaharu ini menjanjikan kelebihan teknologi yang sesuai untuk mereka yang gemarkan pengembaraan. Antaranya, ia menggunakan papan instrumen TFT dengan Multi Media Interface (MMI) bersaiz 12.3” dengan operasi mesra pengguna. Selain itu juga, ia turut menyediakan paparan maklumat yang diperlukan serta sambungan Bluetooth.

1250TR-G ini turut dilengkapi dengan “throttle elektronik” serta 3 mod tunggangan iaitu Sport, Comfort dan Rain, sekaligus memberikan pengalaman tersendiri semasa berada di situasi  jalan yang berbeza-beza. Penghadang angin pada motosikal ini boleh dilaras dengan kawalan elektronik. CFMOTO 1250TR-G juga memiliki konfigurasi sistem audio berteknologi tinggi yang memberikan pengalaman untuk tunggangan yang mengasyikkan, dilengkapi dengan sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).

Untuk keselamatan yang optimum, sistem brek hadapan menggunakan cakera berkembar
bersaiz 320mm dan cakera tunggal 270mm pada bahagian brek belakang. Kedua-duanya didatangkan dengan caliper berjenama Brembo. Menambahkan lagi ciri keselamatan pada model ini, ianya dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.

Penyerap hentakan Marzocchi dengan tetapan yang boleh dilaras turut  menjadi komponen utama CFMOTO 1250TRG. Ini memambah prestasi kawalan yang luar biasa dan sekaligus memberi kepuasan pengemudian kepada  penunggangnya. Sistem Quickshifter yang membolehkan pengunggang menukar gear tanpa menggunakan klac, turut tersedia untuk menawarkan pengalaman yang selesa dan santai kepada penunggangnya.

1250TR-G menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan juga belakang. Lampu Daytime Running Light (DRL) juga turut  meningkatkan keselamatan jalan raya dan juga kebolehan dilihat oleh pengguna jalanraya lain dengan lebih optima. Manakala, lampu belakang LED selain menyediakan ciri keselamatan, turut menyerlahkan gaya dan imej jentera ini.

Dengan kesemua spesifikasi, dan ciri-ciri berteknologi tinggi ini, CFMOTO 1250TR-G bukan sahaja sesuai untuk kegunaan peribadi malah sesuai untuk agensi penguatkuasa kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

Bagi mengekalkan kualiti pemasangan, setiap anggota kerja CFMOTO Malaysia telah diberikan latihan teori dan teknikal yang komprehensif mengenai standard pemasangan oleh CFMOTO Global dengan penglibatan pakar tempatan yang mahir dan berpengalaman. Selain itu, CFMOTO Malaysia turut mendapat latihan tentang cara melakukan penyelenggaraan dan penggunaan peralatan khas yang disediakan.

Bukan itu sahaja, CFMOTO Malaysia telah menguji motosikal ini dengan jarak keseluruhan sejauh 50,000km dengan melakukan pelbagai ujian, seperti ujian ketahanan, selekoh, dan ujian perjalanan jarak jauh. Kesemua proses panduji ini adalah standard yang dipatuhi oleh CFMOTO Malaysia bagi memastikan prestasi model ini berada pada tahap yang cemerlang.  Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) CFMOTO Malaysia akan menambah baik dari segi sistem atau komponen motosikal bagi memenuhi keperluan pasaran Malaysia hasil daripada panduji ekstensif ini.

Dengan setiap pembelian CFMOTO 1250TR-G, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti jarak tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger