MOTOSIKAL TERKINI DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024

Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 – Suzuki Malaysia mencipta sensasi di Malaysia Autoshow 2024 dengan pengenalan eksklusif tiga model motosikal yang sangat dinantikan di MAEPS Serdang pada hari ini. Pengenalan model baru ini mempamerkan komitmen Suzuki Malaysia dalam pasaran dengan menampilkan Suzuki GSX-S1000GT, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800, yang kesemuanya akan dilancarkan secara berperingkat di sepanjang tahun ini.

Mendahului barisan pengenalan model baru Suzuki di pameran Malaysia Autoshow 2024 kali ini adalah Suzuki GSX-S1000GX, yang digelar sebagai ‘The Supreme Sport Crossover’. Diiktiraf di peringkat global oleh pengamal media otomotif kerana memiliki himpunan estetika sebuah motosikal superbike dan kembara yang agresif, model GSX-S1000GX ini menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuannya mengharungi perjalanan dan pengembaraan jauh sekaligus menjadikannya sebagai pilihan sempurna dalam segmen motosikal kembara berkuasa tinggi. Sungguhpun GSX-S1000GX adalah sebahagian daripada siri terkenal Suzuki GSX-S, ia adalah sebuah model kembara yang jauh lebih berbeza serta unik dengan pengenalan ciri-ciri baharu seperti penawaran kecekapan suspensi, keselesaan posisi penunggangan serta perincian bantuan elektronik yang canggih sekaligus menjadikan prestasinya setaraf sebuah superbike. Tetapan suspensi motosikal ini juga memastikan keselesaan pengendalian dalam situasi selekoh mencabar dalam medan laluan perjalanan yang lasak.

Kelangsungan pengenalan motosikal Suzuki GSX-8R yang digelar sebagai sebuah mesin ‘Era Baru Sportbike’ di acara ini juga menarik perhatian ramai dalam segmen motosikal berkuasa tinggi di Malaysia. Dikuasakan oleh enjin generasi baharu 776cm³ DOHC jenis engkol 270- darjah kembar-selari, GSX-8R menggabungkan daya tarikan estetika superbike yang lebih moden dengan prestasi dan keseronokan menunggang yang lebih meyakinkan. Direka untuk ketangkasan dengan kawalan tunggangan agresif kepada pengendalinya, motosikal ini sempurna untuk kegunaan di dalam bandar dan juga memberikan keyakinan tunggangan jarak jauh tatkala mengharungi jalanraya yang berliku serta mencabar di hujung minggu. Penampilan sebuah superbike yang kemas ditampilkan oleh GSX-8R ini juga dijangka bakal memikat hati ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi berpengalaman.

Melengkapkan trio di acara ini adalah Suzuki V-Strom 800, sebuah model segmen kembara Suzuki yang dikenali sebagai kembar kepada V Strom 800DE yang diperkenalkan pada sebelum ini. Model kembara V Strom 800 yang didatangkan dengan tayar tanpa tiub ini dikuasakan oleh enjin kembar selari 776cm³ yang menawarkan kuasa yang dinamik, kendalian yang mudah dikawal dan keselesaan posisi di pelana tempat duduk yang pastinya menjadikan perjalanan jauh lebih menyeronokkan. Suzuki Malaysia menjemput semua peminat dan penggemar motosikal untuk merasai sendiri model-model baru mereka di Malaysia Autoshow 2024. Ini kerana selain penampilan isitimewa GSX-S1000GX,

GSX-8R, dan V-Strom 800, Suzuki Malaysia juga mempamerkan pelbagai model lain yang istimewa, termasuk Hayabusa, V-Strom 1050, 800DE, 1050RR, 250SX, dan siri GSX, termasuk GSX-S1000GT, GSX-8S, Gixxer 250, Gixxer SF250, dan GSX-S150. Raider R150Fi dan skuter baru yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Burgman Street 125EX dan Avenis 125, juga turut dipamerkan untuk pengunjung.

Lebih istimewa di Malaysia Autoshow kali ini, Suzuki Malaysia menawarkan sesi pengalaman tunggang uji khas buat semua pengunjung berdaftar ke pameran ini. Sesi yang dikhaskan pada hari Sabtu, 25 Mei, dan Ahad, 26 Mei 2024, membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman istimewa menunggang motosikal Suzuki di kawasan yang telah disediakan oleh penganjur. Suzuki Malaysia dan kesemua model motosikal yang dinyatakan berada di Dewan D (Tapak D14 & D17) di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger