Jenama CFMOTO semakin dikenali di persada dunia permotoran dua roda antarabangsa sama ada melalui pelancaran model ikoniknya CFMOTO MT450 yang berlangsung sebelum ini atau melalui pencapaian mereka dalam arena perlumbaan motorsikal elitdunia iaitu kejohanan MotoGP.

Melalui keperluan penting yang dilihat dari pihak pengedar rasmi CFMOTO di Malaysia iaitu MFORCE BIKE HOLDINGS SDN BHD; mereka telah memutuskan untuk menjalinkan kerjasama bersama jaringan rasmi mereka di Malaysia bagi mewujudkan pusat perkhidmatan sehenti CFMOTO yang serba lengkap buat jenama mereka di ICITY MOTORWORLD yang terletak di Shah Alam.

Premis baharu ini akan memberikan pengunjung dan para peminat jenama CFMOTO untuk melihat dengan lebih rapat model-model yang ditawarkan selain mendapatkan perkhidmatan selepas jualan atau bantuan teknikal dengan lebih menyeluruh dan efisyen. Melalui kesempatan ini, pihak MFORCE juga akan menggunakan ruangan yang ada bagi memperkenalkan divisyen baharu organisasi mereka yang turut memasarkan motosikal elektrik yang dikenali sebagai ZEEHO.

Melalui acara sama, pengumuman tentang jenama ZEEHO turut memperkenalkan motosikal jenis elektrik iaitu model AE4 sebagai model pengenalan dan dipasarkan pada harga bermula RM 6,999.00 sahaja. Ini memperlihatkan mereka bergerak seiring insentif yang ditawarkan kerajaan Malaysia dalam penjualan dan pemilikan kenderaan elektrik sepenuhnya di pasaran kita buat masa ini. Model AE4 ini melalui pengamatan pertama kami memperlihatkan kemodenan reka bentuk dan ia juga memenuhi ciri-ciri sebuah skuter elektrik yang teguh dan berkeupayaan.

Walaupun motosikal elektrik sepenuhnya masih belum menjadi trend untuk kegunaan tempatan, ia dilihat turut mempunyai keperluan untuk dipromosikan bagi memastikan kelestarian alam sekitar. Kami akan kongsikan maklumat yang lebih terperinci apabila berpeluang untuk menguji nya kelak. Teruskan bersama Malaysian Riders untuk lebih banyak berita dan informasi dunia permotoran dua roda untuk anda.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger