Ducati Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa model Ducati Multistrada V4 RS kini secara rasmi telah tiba di Malaysia. Jentera ini merupakan sebuah gabungan prestasi dari sebuah Superbike dan juga keupayaan dan keselesaan sebuah jentera Touring. Ini menjadikan Multistrada V4 RS sebagai motosikal yang sesuai ditunggang pada kelajuan yang lebih tinggi dalam pengembaraannya.

Model ini merupakan satu-satunya model yang mempunyai asas Demosedici Stradale yang digunakan oleh model Panigale dan Sreetfighter. Multistrada V4 RS ini mengenakan enjin silinder besesaran 1103cc dengan keupayaan menjana 180hp dan 118Nm Torque.

Serupa seperti Ducati Panigale V4 SP2, Multistrada V4 RS juga menampilkan klac kering STM-EVO SBK yang memberikan karakter yang unik kepada jentera Ducati. Penampilan Multistrada V4 RS boleh dibezakan dengan versi lain menerusi padanan livery khas yang terdiri daripada warna Iceberg White, Trim Merah dan elemen grafik hasil inspirasi dari MotoGP.

Jentera ini turut dilengkapi dengan komponen gentian karbon seperti fender hadapan, pelindung tangan, perisai haba dan paruh hadapan. Ia turut disertakan dengan nombor siri keluaran yang dipaparkan pada plat aluminium pada bar hendalnya. Selain itu, jentera ini juga dipadankan dengan ekor technopolymer yang memerbikan ia rupa yang lebih agresif malah mengurangkan berat sekitar 2.5kg.

Ducati Multistarada V4 RS ini menggunakan rim aluminium tempaan Marchesini berdimensi 17 inci yang dianggarkan memberi penjimatan berat sekitar 2.7kg lagi berbanding rim asalnya. Motosikal ini dilengkapi juga dengan sistem suspense elektronik Öhlins Smart EC 2.0, manakala sistem breknya menggunakan cakera berkembar 330 mm dan angkup Brembo Stylema monobloc empat omboh di hadapan dan cakera tunggal 265mm dan angkup Brembo dua omboh di belakang.

Selain itu, jentera Ducati Multistrada V4 RS ini juga didatangi dengan sistem Quickshit, Cornering ABS, Full Power Mode dan paparan TFT 6.5 inci. Ketinggian jentera ini dari tempat duduknya yang boleh dilaras dari 840mm hingga 860mm atau dari 810mm hingga 830mm dengan aksesori tempat duduk rendah. Motosikal Ducati Multistrada V4 RS kini boleh diperoleh di Malaysia secara rasmi melalui semua cawangan rasmi Ducati seluruh negara dengan harga jualan bermula dari RM285,900 sahaja.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger