Jenama dari Austria ini dilaporkan sedang berada dalam keadaan kewangan yang sukar berikutan laporan dari harga saham mereka yang jatuh baru-baru ini. Jenama yang tampak jelas dalam masalah adalah GASGAS dan Husqvarna dibawah pegangan syarikat induk mereka iaitu Pierer Mobility Group. Melalui isu ini, KTM dikatakan sudah mula melakukan pengstrukturan semula organisasi mereka bagi mengurangkan kos dan juga memperbaiki kemampanan operasi mereka.

Dua jenama yang disebut sebelum ini; GASGAS dan Husqvarna dilihat mungkin boleh dikeluarkan terus dari portfolio jenama dibawah syarikat induk mereka. Melalui perkembangan ini, divisyen sukan permotoran juga dilihat boleh terjejas kerana faktor kos yang tinggi bagi menjalankan aktiviti sukan tersebut walaupun turut disokong oleh badan penajaan luar.

Tak dapat dinafikan, penjualan motosikal juga tidak terlalu memberangsangkan bagi jenama KTM sejak kebelakangan ini dan turut dilihat terdapat kekerapan kes teknikal melibatkan model jentera mereka yang tidak membantu dalam situasi semasa jenama mereka. Syarikat induk jenama tersebut juga telah memulakan langkah awal bagi menyusun semula aktiviti sukan permotoran bagi musim hadapan berikutan permasalahan kewangan ini.

KTM juga telah menarik semula perancangan kemasukan mereka didalam siri kejohanan dunia bagi kategori Supersport dalam siri produksi perlumbaan motosikal yang popular itu. Dalam keadaan ini, dengan ketiadaan sokongan besar yang diperoleh dari jenama Red Bull sebelum ini, KTM dilihat akan terus melakukan perubahan struktur dan aktiviti khususnya bagi segmen sukan permotoran dalam masa terdekat. Kami akan terus melihat perkembangan cerita ini dari masa ke masa bagi memberikan kalian info terkini berkenaan penglibatan jenama popular ini dalam acara sukan permotoran global. Acara MotoGP juga bakal berlangsung di litar PETRONAS Sepang International Circuit pada 1 November 2024 hingga 3 November 2024. Ikuti perkembangan semasa dari kami di Malaysian Riders bagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung pada minggu kejohanan tersebut di Malaysia.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger