Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif telah mengesahkan bahawa akan terdapat pelumba wildcard yang bakal beraksi dalam pusingan kejohanan tersebut yang bakal berlangsung di litar Sepang pada 1 hingga 3 November ini. Namun begitu, beliau turut menyatakan bahawa ia bukanlah pelumba yang berada dibawah pengurusan pihak mereka tetapi dari pihak luar.

Melalui beberapa lontaran di laman media sosial, kami melihat terdapat info kabur yang menampakkan bahawa Helmi Azman dilihat berminat untuk memperbaiki kedudukan beliau dalam pusingan kali ini sekiranya peluang Wildcard itu muncul kembali. Kemudian, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa peluang Hafizh Syahrin untuk berlumba dalam kelas MotoGP bersama jentera Ducati turut “wujud” berikutan posisi yang terpaksa dilepaskan oleh Fabio Di Giannantonio berikutan rawatan yang beliau perlu jalani minggu ini.

Namun begitu, tidak ada lagi kata putus atau pengumuman rasmi yang dapat kami lihat melalui mana-mana sumber berita sahih dan melalui kenalan permotoran dalam arena tempatan buat masa ini. Setakat hari ini, dikhabarkan tiket ke perlumbaan MotoGP di litar Antarabangsa Sepang masih hangat dijual dan kita bakal menyaksikan kebanjiran peminat perlumbaan motosikal dari rantau ini turut akan memeriahkan suasana pada hujung minggu ini. Acara menarik sentiasa akan berlangsung sepanjang minggu ini dengan pelumba-pelumba MotoGP bakal mula tiba di tanah air seawal hari ini dan esok bagi memulakan persiapan mereka bagi “finale” yang bakal berlangsung di Valencia pada 17 November 2024.

Pihak Malaysian Riders bakal menghantar wakil-wakil media kami ke beberapa lokasi sepanjang minggu ini bagi memberikan kemaskini menarik buat semua peminat sukan permotoran tanah air. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan juga seluruh rangkaian platform permotoran kami di bawah naungan Corpox Media Solution, termasuk Fastlenz, Drivin On dan beberapa pempengaruh automotif kami iaitu Anuar Norick dan JayKay.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger