
Rawang, 29 Oktober 2024 – GIVI buat julung kalinya mencipta pengalaman istimewa baru buat 100 orang peminat bertuah Motogp dalam acara meet & greet bersama pasukan Motogp terkenal iaitu LCR team. Bertempat di Kev Advenduro Park, Gamuda Gardens, acara khas ini turut dihadiri oleh pelumba Motogp pasukan LCR, Johann Zarco dan juga Pengurus pasukan yang juga bekas pelumba motogp dunia, Lucio Cecchinello, di sini.
Mengetengahkan acara meet & greet berkonsepkan FAN ENDURO DAY, acara dimulakan dengan sesi pengenalan pasukan LCR, diikuti juga dengan sesi soal jawab bersama peminat dan seterusnya sesi autograf serta bergambar kenangan bersama hero kesayangan mereka.

Kemuncak acara adalah demonstrasi mendebarkan di mana Pasukan LCR mempamerkan kemahiran menunggang mereka di trek Enduro. Selain itu, peminat turut disajikan dengan aktiviti seperti Tortoise Race Challenge dan Pertandingan Aksesori Motosikal GIVI Terbaik di mana, dua peminat bertuah juga memenangi Helmet Edisi Terhad GIVI LCR menerusi cabutan bertuah.

Lucio Cecchinello menggambarkan acara tersebut dengan tepat: “Acara seperti LCR FAN ENDURO DAY adalah cara terbaik untuk meraikan kerjasama kami dengan GIVI dan, yang paling penting, untuk menghargai peminat kami terutama di Malaysia yang juga merupakan tulang belakang kejayaan kami sepanjang pembabitan dalam MotoGP.” Rasai bahang kehangatan Petronas Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dari 1 hingga 3 November 2024! Alami tawaran dan pengalaman eksklusif hanya di GIVI Booth! Jumpa anda di sana!



Leave a comment