Dalam tempoh beberapa tahun ini, jenama Damon Motors ini menyelusup masuk ke dalam radar industri permotoran 2 roda global melalui penglibatan dan pengumuman mereka untuk produk akan datang mereka. Syarikat berpangkalan di Vancouver, Kanada itu mempunyai kilang pembuatan dan pemasangan mereka di Amerika Syarikat. Dalam laporan sebelum ini oleh pihak media antarabangsa turut menyebut bahawa Damon Motors telah mendapatkan pelaburan dan prospek pasaran yang cukup besar dari negara jiran iaitu Indonesia melalui syarikat PT Indika Energy Tbk.

Kami di Malaysian Riders berpendapat bahawa idea yang dibawa oleh jenama ini cukup menarik dalam aspek jentera elektrik dua roda selepas beberapa tahun segmen ini terus dipelopori oleh jenama utama kereta dan juga pendahulu industri dari negara China. Oleh itu, inovasi sebegini dilihat agak kehadapan untuk segmen industri permotoran dua roda yang masih sedikit jauh jika dibandingkan dari kenderaan empat roda yang sudah mula mendapat tempat bagi penggunaan elektrik penuh. Terma ICE dan EV juga sangat popular digunakan dalam segmen tersebut.

Bagaimana Damon Motors ini mencuri perhatian penulis adalah dari segi inovasi teknologi yang cuba digunapakai keatas jentera pertama keluaran mereka iaitu Hypersport dan Hyperfighter. Kesemua variasi model yang dihebahkan ini mempunyai kuasa yang dianggarkan dalam 200hp dan mempunyai jarak tunggangan sekitar 200 batu atau sekitar 320km. Teknologi bateri yang digunakan turut membolehkan jentera mereka dicas sekitar 45 minit untuk mendapatkan 80 peratus cas. Selain itu, teknologi yang dinamakan sebagai CoPilot yang dilihat sebagai bantuan tunggangan yang menjaga 360 darjah penunggangnya.

Namun begitu, semua ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini apabila beberapa bulan lalu; seorang pengguna dari laman YouTube memuat naik video rakamannya sendiri ke sebuah premis yang dikatakan sebagai kilang buat jenama tersebut tampak tidak digunakan. Malah papan tanda juga tidak kelihatan dan hanya dilekatkan dengan menggunakan kertas sahaja. Persoalan ini membuatkan Pembina motosikal jenama Damon Motors ini diragui oleh ramai pemerhati automotif dari segmen dua roda. Dapat juga dikaitkan bahawa berlaku penyatuan antara syarikat Damon Motors yang sedang berlaku kini antara sebab yang mungkin membuatkan syarikat itu masih belum beroperasi sepenuhnya.

Kami akan cuba mengintai lebih banyak info lanjut buat Damon Motors ini kerana ia mempunyai prospek teknologi motosikal yang cukup segar dari aspek kenderaan elektrik penuh. Walaupun ia dilihat mungkin sebagai projek “scam” atau “gagal”, namun mereka tetap berjaya mencetuskan idea yang boleh diperhalusi atau dikaji sama ada ia berguna untuk pasaran motosikal global atau tidak. Inovasi dari syarikat sebegini mungkin mencuba untuk mengulang kejayaan jenama seperti Tesla atau BYD dalam meletakkan diri mereka sebagai pencetus dan pendahulu industri, namun yang paling penting dalam perniagaan adalah meletakkan produk mereka di tangan pengguna dan seterusnya memperbaiki kelemahan dan terus bersaing dengan jenama yang lebih lama bertapak.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders bagi mengupas lanjut cerita dan kisah elektrifikasi kenderaan dua roda yang cukup popular dalam negara kita. Ikuti kami di laman media sosial yang lain bagi mendapatkan kemas kini terbaru dan menarik dari pasukan kami. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan Malaysian Riders bagi menghasilkan bahan dan merasai dengan lebih dekat industri permotoran dua roda dari pandangan media, hantar resume anda ke malaysianriders@gmail.com untuk kami proseskan.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger