Perlumbaan kedua kategori ASB1000 menjadi tumpuan di pusingan akhir FIM  Asia Road Racing yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di mana Yuki Kuni dari SDG Team HARC-PRO Honda berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat pertama sekali gus merangkul takhta juara keseluruhan musim 2024.  

Yuki bermula dengan baik dan memimpin perlumbaan namun selepas 3 pusingan, Andi Farid Izdihar, juara Perlumbaan 1 bersama teman sepasukan dari Honda Asia-Dream berjaya memintas Yuki dan memimpin di hadapan.  Tekanan semakin memuncak apabila dua pelumba negara Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzzaman berjaya merapatkan jurang.  

Yuki bertekad untuk melepaskan diri daripada kelompok yang mengejar dan memberikan segalanya sehingga berjaya menjarakkan diri dari pelumba lain sebanyak 2:9993 saat memastikan tiada pelumba yang berpeluang untuk mengintai pintasan di saat akhir.  

Kemenangan Yuki di perlumbaan kedua memberikan beliau 2 mata kelebihan berbanding Andi Farid menjadikan Yuki juara dunia ASB1000 untuk tahun 2024.  Andi Farid di tangga kedua manakala Hafizh Syahrin berjaya menutup musim pertama beliau di tempat ketiga keseluruhan.  Nakarin Atiratphuvapat di tempat keempat dan Azlan Shah Kamaruzzaman berjaya menempatkan dirinya dia tempat kelima keseluruhan.  

Musim ini adalah musim terakhir Azlan Shah di perlumbaan ARRC selepas mengumumkan persaraannya pada awal tahun ini.  Dedikasi beliau berjaya menempatkan dirinya di tempat kelima keseluruhan dan TKKR BMW RACING TEAM sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan di ASB 1000.  

KEDUDUKAN MATA KESELURUHAN PELUMBA
Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (183)
Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (181)
Hafizh Syahrin – JDT RACING TEAM (154)
Nakarin Atiratphuvapat – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (149)
Azlan Shah Kamaruzaman – TKKR BMW Racing Team (126)

KEDUDUKAN MATA KESELURUHAN PASUKAN
Honda Asia-Dream Racing with Astemo (302)
TKKR BMW Racing Team (227)
YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (204)
SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (183)
JDT RACING TEAM (154)

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger