Yamaha menjadi pengeluar tunggal di MotoGP yang masih menggunakan enjin konfigurasi inline-4 namun desas-desus mengatakan enjin V4 telah tersedia untuk digunakan pada sesi private test. Akan tetapi Yamaha menunda semua sesi percubaan dan akan fokus sepenuhnya untuk Shakedown Test pada bulan Februari tahun hadapan di Litar Antarabangsa Sepang.

Pada awalnya nama Andrea Dovizioso disebut sebagai pelumba yang akan melaksanakan tugas percubaan enjin V4 namun Yamaha telah membatalkan hasrat tersebut dan besar kemungkinan percubaan akan dilakukan oleh Augusto Fernandes yang baru sahaja dilantik sebagai test rider pasukan Yamaha.

Yamaha percaya enjin V4 diperlukan untuk memenangi semula kejuaraan MotoGP. Oleh sebab itu pasukan Yamaha melantik ramai jurutera hebat dan konsultan pereka enjin F1 untuk membantu merealisasikan impian tersebut.

Kita tunggu dan lihat jika benar Yamaha mampu hasilkan enjin terbaharu pada Sepang Shakedown nanti.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger