Kuala Lumpur, 3 Januari 2025 – Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) hari ini telah melancarkan sebuah jenama motosikal tempatan baharu MODA, yang fokus dalam memasarkan produk skuter ke seluruh pasaran Malaysia. Turut dilancarkan bersama pada majlis hari ini ialah MODA Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc.

Pengenalan model skuter oleh MODA ini adalah sejajar dengan perkembangan pesat segmen skuter di Malaysia. Tidak dinafikan, skuter kini kian menjadi pilihan utama atas faktor kepelbagaian fungsi, kos yang berpatutan, dan praktikaliti di kawasan bandar. Di negara seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam, skuter telah pun mendominasi pasaran dengan menguasai lebih daripada 70% jumlah jualan motosikal secara keseluruhan.


Di Malaysia pula, jualan serta pasaran skuter kini turut meningkat tatkala ianya dipacu oleh kesedaran terhadap keperluan pada kenderaan yang menjimatkan bahan api serta lebih mesra alam. Pasaran skuter ini secara langsung dijangka menjana pendapatan keseluruhan AS$0.51 bilion pada tahun 2024 dan berkembang pada kadar CAGR 3.98% hingga mencapai AS$0.62 bilion menjelang tahun 2029.

MODA: Skuter Jenama Malaysia
MODA merupakan sebuah jenama Malaysia yang komited dalam memenuhi keperluan pengguna tempatan dan serantau dengan menawarkan skuter yang inovatif, bergaya, dan berprestasi tinggi. Dengan kepakaran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang dimiliki Kumpulan AMI di utara Malaysia, MODA mampu menghasilkan skuter yang sesuai untuk keadaan jalan raya dan memenuhi keperluan serta keutamaan penunggang di Malaysia. Kesemua skuter MODA dipasang secara tempatan (CKD) di kilang berpusat AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam,
Selangor.

MODA juga merancang memperkenalkan model-model baharu yang lebih dinamik untuk melengkapi segmen pasaran skuter sedia ada termasuk skuter berenjin petrol dan EV (Kenderaan Elektrik), selaras dengan keperluan mobiliti masa depan.

MODA Sporter-S: Gabungan Gaya dan Prestasi
Pengenalan MODA Sporter-S telah secara tidak langsung membuka ruang kepada segmen baru dengan reka bentuk berinspirasikan motosikal sukan ‘sportsbike’ yang mengetengahkan rekabentuk yang lebih aerodinamik dan berani. Umum mengetahui, ketika ini kebanyakan skuter di pasaran Malaysia kebanyakannya mengetengahkan Reka bentuk sporty dan unik seperti ini
pastinya bakal menarik minat penggemar sukan bermotor di Malaysia. Sporter-S juga dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih dengan ciri-ciri sebuah sportsbike. Antaranya ialah cakera brek berkembar di bahagian hadapan yang dikombinasikan bersama sistem ABS dua saluran (depan dan belakang) yang dilengkapi brek kaliper 4-injap untuk daya brek yang lebih jitu. Teknologi kawalan Traction Control System (TCS) pada Sporter-S juga turut memastikan kestabilan semasa membelok di permukaan mencabar.


Selain itu, skuter ini turut memiliki tangki isian petrol dengan kapasiti 13 liter yang mapan untuk perjalanan kembara yang jauh. Selain itu, ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk dapat memuatkan dua topi keledar bersaiz penuh, memberikan kemudahan tambahan kepada penunggang harian. Menariknya, ia juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti lampu hadapan
ultra-terang LED Matriks, kekunci pintar, hubungan nirwayar antara peranti telefon dan skrin besar berwarna TFT bersaiz 6.2 inci yang menyokong panggilan serta navigasi penuh semasa tunggangan.


Secara keseluruhan, dengan penawaran sebuah skuter 250cc yang dijanakan dengan kuasa 24.8hp, ia sudah cukup untuk dikategorikan sebagai antara skuter terbaik dan berkuasa di dalam kelasnya.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger