Valentino Rossi merupakan atlet paling berpengaruh dalam sukan permotoran dan namanya begitu sinonim dengan Yamaha. Rossi mencapai banyak kejayaan bersama Yamaha hingga apabila beliau bersara, Yamaha melantik beliau sebagai duta jenama motosikal tersebut.

Namun kisah romantis mereka nampaknya semakin pudar apabila Yamaha memberhentikan kontrak pembekalan pakaian buat pasukan Yamaha. Syarikat pakaian VR46 selama ini menjadi pembekal tunggal buat seluruh pasukan Yamaha namun untuk 2025, Yamaha mengesahkan kontrak bersama Macron, jenama pembekal pakaian yang baharu dari Itali.

Apabila disoal, pengurus pasukan Yamaha, Maio Meregalli berkata ia bukanlah kerana hubungan suram bersama Rossi tetapi sekadar keputusan perniagaan dan rundingan dengan jenama tersebut sudah berlaku lebih awal.

Jika diperhatikan, Yamaha juga sudah mengalihkan segmen perlumbaan mereka daripada kem VR46. Projek Moto2 Yamaha yang sebelum ini dikendali oleh pasukan VR46 kini telah diberi kepada pasukan Pramac. Keputusan ini sangat relevan kerana Pramac akan menggunakan jentera Yamaha untuk musim 2025 manakala pasukan VR46 pula menjadi pasukan satelit utama Ducati dan akan menerima factory-spec untuk pelumba utama mereka-Fabio di Giannantonio.

Pelumba-pelumba dari kem VR46 juga sering dikaitkan dengan jenama Ducati dan nama paling besar adalah Pecco Bagnaia pelumba utama pasukan Ducati Lenovo. Adakah masih relevan nama Valentino Rossi di Yamaha?

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger