Semasa pelancaran pusat pameran Kawasaki terbaru di Puncak Alam, Modenas mengejutkan para pengunjung dengan mengumumkan barisan motosikal terbaru mereka, Kawasaki Z650RS. Model ini hadir hanya dengan satu pilihan warna – hitam dan emas yang sangat menyerlah dengan gaya klasik moden.

Motosikal ini dijual dengan harga asas RM37,200.00 sahaja untuk pasaran Malaysia. Mengambil konsep daripada Z900RS namun dipadankan dengan enjin yang sama digunakan oleh Z650 dan Ninja 650 memberi peluang kepada penunggang yang inginkan harga yang berpatutan dengan kuasa yang tidak terlalu besar.

Tanpa sebarang kelengkapan tambahan seperti ‘riding mode’ atau ‘traction control’ motosikal ini benar-benar menjiwai ‘retro look’ dengan speedometer dan tachometer analog dan sedikit panel digital bagi memaparkan maklumat lain seperti paras minyak, kedudukan gear, suhu enjin dan perbatuan jentera.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger