Shah Alam, Jumaat, 14 Mac 2025 –Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”), hari ini mengumumkan pelancaran Modenas Ninja 500 dan Modenas Ninja 500 SE untuk pasaran Malaysia. Model baharu ini merupakan tambahan terkini kepada barisan produk MODENAS yang semakin berkembang, menawarkan pengalaman tunggangan yang mengujakan dan mudah diakses oleh penunggang baharu serta berpengalaman.

MODENAS NINJA 500

Direka untuk segmen sukan ringan, Ninja 500 menawarkan keseimbangan ideal antara prestasi, kelincahan, dan keselesaan untuk kegunaan harian. Dilengkapi dengan enjin selari berkembar 500cc yang dibangunkan baharu, casis ringan berasaskan model 250cc, serta reka bentuk ergonomik yang mesra penunggang, model ini direka untuk memberikan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan dan selesa.

Sorotan utama Modenas Ninja 500 termasuk:

  • Enjin selari berkembar 500cc yang direka baharu untuk penghantaran kuasa yang lancar dan responsif
  • Casis ringan yang diilhamkan daripada platform Kawasaki 250cc bagi meningkatkan pengendalian
  • Lampu LED untuk pencahayaan lebih baik dan gaya moden
  • Kesambungan telefon pintar untuk akses mudah kepada data tunggangan

Modenas Ninja 500 boleh didapati dalam satu warna iaitu Hitam dengan harga RM28,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

MODENAS NINJA 500 SE

Bagi penunggang yang mahukan kecanggihan, Ninja 500 SE menawarkan teknologi yang dipertingkatkan, kemudahan tambahan, serta pengalaman tunggangan yang lebih maju.

Ciri tambahan bagi varian SE termasuk:

  • Port USB Type-C untuk pengecasan peranti ketika dalam perjalanan
  • KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System) untuk kemudahan sistem kunci tanpa sentuhan

Paparan TFT berwarna penuh yang memastikan keterlihatan tinggi dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Modenas Ninja 500 SE boleh didapati dalam warna Lime Green dan Hitam/Merah dengan harga runcit yang disyorkan RM30,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Dengan pelancaran model baharu ini, MODENAS terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen motosikal sukan di Malaysia, menawarkan teknologi terkini, prestasi yang mengujakan serta kebolehpercayaan Kawasaki yang diyakini.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger