Bajaj Auto India (BAJA.NS) merancang untuk mengambil alih kawalan ke atas KTM AG sebagai sebahagian daripada pakej hutang bernilai 800 juta euro (AS$906.2 juta) yang bertujuan untuk memulihkan situasi bagi pengeluar motosikal dari Austria yang bermasalah itu, ini menurut dari kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis lalu.

Langkah ini akan menyaksikan pengeluar motosikal ‘Pulsar’, yang telah menjadi pelabur minoriti dalam KTM sejak 2007, beralih daripada pemegang saham pasif kepada peneraju strategik, menyelaraskan tadbir urus dan menyuntik modal baharu untuk memulihkan operasi KTM.

KTM AG, yang membangunkan dan menjual motosikal di bawah jenama KTM dan Husqvarna serta mengeksport ke kira-kira 80 negara, telah memfailkan prosiding penstrukturan semula mahkamah pada November lalu akibat masalah kecairan yang serius.

Pemiutang KTM dijangka menerima 30% daripada tuntutan mereka dalam bentuk tunai menjelang 23 Mei.

Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, Bajaj Auto telah pun menyuntik 200 juta euro ke dalam KTM dan akan menyalurkan tambahan 600 juta euro untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang dan memulakan semula perniagaan.

Bajaj akan memperoleh pegangan kawalan dalam unitnya, Pierer Bajaj AG, dan secara tidak langsung mengambil alih kawalan ke atas syarikat induk KTM, Pierer Mobility AG (PKTM.VI).

KTM dan Bajaj bersama-sama membangunkan produk di India. Bajaj Auto kini memegang 37.5% pegangan dalam perniagaan KTM melalui unitnya. Namun, tidak jelas berapa banyak pegangan itu akan meningkat selepas perjanjian ini dimuktamadkan.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger