Hong Leong Yamaha Motor (“HLYM”) berbangga menaja Malaysia Rugby untuk menyokong skuad kebangsaan lelaki dan wanita ragbi 7s, yang dikenali sebagai “Bungaraya 7s”, dalam persiapan menghadapi Sukan SEA ke-33 di Thailand hujung tahun ini.


Sebagai Penaja Perak, HLYM telah menyumbang RM200,000 bagi menyokong latihan dan pembangunan kedua-dua pasukan kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA. Penajaan ini dimeterai secara rasminya melalui majlis penyerahan cek yang berlangsung di Genblu Café, HLYM.


Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain skuad lelaki dan wanita Bungaraya 7s, barisan kepimpinan Malaysia Rugby yang diketuai oleh Presiden, Encik Amir Amri Bin Haji Mohamad serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif. HLYM pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, bersama ahli pengurusan kanan dan wakil media.


Ragbi merupakan salah satu sukan utama di Sukan SEA dan pasukan Bungaraya 7s telah mencatat kejayaan membanggakan dengan meraih pingat perak dan gangsa pada tahun 2019 serta muncul naib juara dalam Kejohanan Asia Tenggara 7s baru-baru ini di Singapura.


Dalam ucapannya, Presiden Malaysia Rugby, Encik Amir Amri bin Haji Mohamad merakamkan penghargaan kepada HLYM atas kesudian menaja pasukan Bungaraya 7s. Beliau turut berkongsi bahawa majoriti pemain terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, yang sentiasa menampilkan semangat positif dan komitmen tinggi dalam setiap sesi latihan dan pertandingan, meskipun berdepan pelbagai kekangan.


Pengarah Urusan HLYM, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor turut menekankan bahawa nilai seperti semangat juang, ketabahan dan kerjasama pasukan amat selari dengan prinsip jenama Yamaha. Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu keperluan penting pasukan termasuk latihan, pemakanan dan elaun atlet menjelang temasya Sukan SEA.


Selari dengan kerjasama ini, Genblu Café turut memperkenalkan hidangan khas ‘BLUngaraya 7’s Chicken’, diinspirasikan oleh kekuatan dan perpaduan pasukan. Menampilkan tujuh ramuan terpilih, hidangan ini menyerlahkan kepentingan pemakanan seimbang dalam menyokong prestasi atlet.

HLYM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Bungaraya 7s dalam misi mereka menjulang nama negara di pentas Sukan SEA.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger