Indian Motorcycle Malaysia di bawah edaran Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. dan AFY Mobility Industries (AMI) dengan rasminya memperkenalkan Indian SCOUT 2025 serba baharu di Bumirai Showroom, Petaling Jaya hari ini.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Encik Lai Wai Keat, Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia. Kehadiran Indian Scout yang baharu ini sekaligus mengukuhkan lagi komitmen serta jenama Indian Motorcycle untuk terus membawakan model-model dan inovasi terkini kepada peminat motosikal cruiser di Malaysia.
Selama lebih dari satu abad, rekaan Indian Scout senantiasa menerapkan ciri-ciri rekaan ikonik, warisan, serta tradisi sebuah cruiser gaya lagenda Amerika. Oleh yang demikian, Indian Motorcycle Malaysia berhasrat untuk bersama meraikan sejarah lagenda tersebut dengan memastikan peminatnya di Malaysia mendapat akses dengan pantas kepada motosikal Scout 2025 yang terkini, canggih dan lebih berkuasa daripada model-model sebelumnya.

Indian SCOUT 2025
Indian Scout 2025 kini hadir dengan enjin baharu Speed Plus V-Twin 60 darjah dengan penyejukan cecair berkapasiti 1250cc yang dibina untuk prestasi dan ketahanan. Enjin ini menghasilkan 105 HP serta 108Nm tork pada 6,300 rpm sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam segmen cruiser bersaiz sederhana. Model varian tertinggi Indian 101 Scout pula dilengkapi versi enjin yang direka semula dengan kuasa 111 HP dan menghasilkan 111Nm tork bersama transmisi enam kelajuan yang memberikan tunggangan lancar, seimbang dan bertenaga. Secara tidak langsung, gabungan warisan serta inovasi Scout baharu ini menghidupkan semula legenda motosikal Indian untuk generasi masa kini.
Dengan mengekalkan gaya serta DNA rekabentuk Scout yang asli, model baharu ini telah dijelmakan semua dengan lima variasi pakej personaliti yang berbeza:
- Indian 101 Scout – Premium Performance
- Indian Scout Classic – Authentic & Timeless
- Indian Super Scout – Nostalgic Cruiser
- Indian Scout Bobber – Stripped, Iconic & Raw
- Indian Sport Scout – Aggressive Spirit
Model serba baharu ini ditawarkan dalam tiga jenis trim kemasan aksesori dan teknologi iaitu Standard, Limited, dan Limited +Tech. Setiap satunya dilengkapi dengan teknologi serta ciri keselamatan moden yang berfungsi ketika diperlukan di jalanraya.

Tarikan terkini SCOUT 2025
Selain pengenalan rekabentuk rangka casis dan enjin yang lebih berkuasa, pengalaman kendalian serta tunggangan juga turut ditingkatkan dengan kehadiran ciri keselamatan dan keselesaan moden seperti:
- Brek ABS & lampu LED (standard bagi semua trim)
- Pengenalan tiga mod tunggangan serta kawalan cengkaman ‘Sport, Standard & Rain’ (untuk trim Limited & Limited +Tech)
- Sistem penghidup tanpa kunci & paparan LCD 4-inci yang dilengkapi teknologi ‘RIDE COMMAND’ (untuk trim Limited +Tech)
- Integrasi sambungan nirwayar RIDE COMMAND+ (untuk trim Limited +Tech)
LCD TFT bersaiz 4 inci yang ditawarkan turut menyokong sambungan Bluetooth, sokongan aplikasi peranti pintar, sistem navigasi dengan fungsi arahan penunjuk arah, serta sokongan slot pengecasan peranti pintar dengan soket USB.
Walaupun terdapat banyak kemaskini terkini yang mengujakan, Scout 2025 terus komited dalam mengekalkan tunggangan dengan pusat graviti yang rendah, keselesaan pelana kruiser klasik dan DNA rekaan yang amat sinonim dengan peminatnya.
Jenama Indian Motorcycle di Malaysia
Pelancaran hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan Indian Motorcycle Malaysia. Dengan pengenalan model global terkini terus ke pasaran tempatan, Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. (SLMSB) bakal terus megorak Langkah untuk menginspirasi generasi baru peminat Indian Motorcycle di negara ini.
Harga Indian Scout
| NO. | MODEL | WARNA & TRIM | SESARAN (cc) | MRSP (RM) |
| 1 | Scout Classic | Sunset Red Metallic (Limited +Tech) | 1250 | 128,800.00 |
| 2 | Scout Bobber | Black Metallic (Standard) | 1250 | 103,900.00 |
| 3 | Scout Bobber | Sunset Red Smoke (Limited +Tech) | 1250 | 121,100.00 |
| 4 | Scout Bobber | Spirit Blue Metallic (Limited +Tech) | 1250 | 124,300.00 |
| 5 | Sport Scout | Black Metallic (Standard) | 1250 | 106,800.00 |
| 6 | Sport Scout | Storm Blue (Limited +Tech) | 1250 | 113,500.00 |
| 7 | Sport Scout | Nara Bronze Metallic (Limited +tech) | 1250 | 117,300.00 |
| 8 | Super Scout | Black Smoke with Graohics (Limited +Tech) | 1250 | 134,500.00 |
| 9 | 101 Scout | Sunset Red Metallic with Graphics (Limited +Tech) | 1250 | 139,600.00 |
| 10 | 101 Scout | Ghost White Metallic with Graphics (Limited +tech) | 1250 | 139,600.00 |



Leave a comment