Perlumbaan Estremo Superbike Endurance anjuran BRAAAP MOTORSPORT adalah perlumbaan superbike yang julung kali diadakan di waktu malam di Litar Antarabangsa Sepang.  Perlumbaan berlangsung di litar selatan pada jam 1 pagi 16 September bersempena Hari Malaysia selama 1 jam pastinya menguji kekuatan fizikal dan mental para pelumba yang terdiri dari dalam dan luar negara. 

Para pengunjung berpeluang menyaksikan perlumbaan ini dengan lebih dekat apabila penganjur membenarkan pengunjung akses ke paddock pit selatan Litar Sepang.  Dengan pembelian baju BRAAAP atau minyak enjin 1 liter dari Estremo yang bernilai RM50, pengunjung akan mendapat dua tiket masuk secara percuma.  Tawaran yang berbaloi buat pengunjung yang hadir bukan sahaja mendapat barangan eksklusif perlumbaan malah dapat menyaksikan perlumbaan dari dekat. 

Dari segi keselamatan, penganjur amat menitikberatkan mengurangkan risiko kemalangan di pit, lebih-lebih lagi ketika sesi mengisi minyak dan bertukar pelumba.  Kedua-dua aktiviti tersebut diasingkan dengan khemah pertama hanya untuk mengisi minyak oleh Marshall yang bertauliah dan khemah kedua hanya untuk pertukaran pelumba.  Fire marshall sentiasa bersedia dengan peralatan lengkap di khemah pengisian minyak jika berlaku sebarang kemalangan.  

Walaupun berlaku kejadian gangguan bekalan elektrik dipenghujung perlumbaan, pengurusan masa yang baik dari pihak penganjur harus dipuji sehingga segala keputusan dikeluarkan, kesemua pelumba menerima tanpa sebarang protes dan sesi penyampaian trofi berlangsung dengan meriah disertai semua pelumba yang berjaya menamatkan sesi endurance.  

Susun atur paddock Litar Sepang yang agak terbuka memang agak sukar bagi pihak penganjur untuk mengawal pergerakan para pengunjung.  Ada sesetengah penonton yang dengan sengaja masuk ke kawasan pit dan khemah mengisi minyak mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri mereka, malah kepada para pelumba.  Mungkin di masa hadapan penganjur perlu menambah bilangan krew keselamatan bagi membendung pergerakan pengunjung liar.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak penganjur BRAAAP MOTORSPORT bersama ESTREMO  yang julung kali menganjurkan perlumbaan superbike endurance ini. Meskipun berdepan cabaran besar seperti hujan lebat, suasana malam yang mencabar dan gangguan bekalan elektrik, pihak penganjur tetap berjaya melaksanakan setiap tentatif dengan tersusun serta memastikan keselamatan setiap peserta berada pada tahap terbaik. Kecekapan, ketabahan dan komitmen yang ditunjukkan amat mengagumkan dan wajar dijadikan contoh kepada penganjur lain. 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger