Putrajaya, Malaysia – 22 October 2025 – Rapido Malaysia hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan sesi eksklusif pertama bersama media dan pelumba Moto3, menandakan satu lagi pencapaian penting bagi jenama motosikal berprestasi tinggi tempatan ini yang kini melangkah ke pentas dunia melalui kerjasama dengan pasukan BOE Motorsports dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2025.
Acara yang berlangsung di The Zenith Hotel, Putrajaya ini menghimpunkan wakil media, rakan industri dan peminat perlumbaan motosikal bagi sesi interaksi eksklusif bersama pelumba Moto3 Cormac Buchanan dan Ruche Moodley, selain barisan pengurusan dan pasukan pembangunan perlumbaan Rapido. Sesi ini mencerminkan komitmen Rapido dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti permotoran serta rakan media sambil terus menyokong pembangunan sukan permotoran di peringkat global.

Pelancaran Produk Baharu – Kejuruteraan Prestasi untuk Penunggang Sebenar
Sempena acara ini, Rapido Malaysia turut memperkenalkan tiga produk naik taraf berprestasi baharu yang direka khusus untuk kegunaan perlumbaan dan jalan raya:
• Rapido 628 CNC Casting Rim untuk Yamaha NVX V3 – Rim sport “plug-and-play” pertama di Malaysia untuk kegunaan jalan raya tanpa ubah suai. Menggunakan teknologi tuangan CNC yang menawarkan ketahanan, tindak balas dan kestabilan tunggangan lebih baik.
• Rapido x CKJ Racing Ultra-Light Racing Pulley Pin – Dihasilkan bersama tuner profesional CKJ Racing, pin pulley ultra ringan ini mengurangkan jisim putaran bagi meningkatkan respons pendikit dan pecutan. Sesuai untuk penunggang yang mahukan prestasi CVT lebih tajam.
Rapido x CKJ Racing Front Fork Spring – Naik taraf sistem suspensi depan dengan kawalan rebound lebih baik dan kestabilan ketika mengambil selekoh agresif. Dihasilkan berasaskan maklum balas perlumbaan untuk keyakinan tunggangan maksimum.
Produk-produk ini mencerminkan misi Rapido untuk menjembatani teknologi perlumbaan kepada pengguna jalanan, membawa inovasi kejuruteraan terus kepada penunggang harian.
Melangkaui Sempadan Global Melalui Kejuruteraan Malaysia
Rapido merupakan jenama milik Kee Kee Motor Sdn Bhd (KKM), sebuah syarikat Malaysia dengan lebih 38 tahun pengalaman dalam industri motosikal. Ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai bengkel kecil, KKM kini berkembang menjadi salah satu pengeluar dan pengeksport aksesori motosikal terbesar di Malaysia.
Antara pencapaian kejuruteraan dan perlumbaan utama Rapido ialah:
• Jenama pertama menghasilkan “plug-and-play single racing footrest” untuk motosikal jalan raya
• Satu-satunya jenama pasaran selepas jualan dengan rim CNC casting untuk SYM Husky 150
• Jenama dengan rangkaian rim CNC casting skuter terluas
• Peneraju dalam memperkenalkan rak belakang boleh laras di Malaysia
• Reka bentuk produk sering dijadikan rujukan oleh jenama serantau
• Salah satu daripada hanya dua jenama rim asing yang mendapat pensijilan SNI (Indonesia)
• Aktif dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) bersama BMW, Honda, Yamaha & Voge
• Rakan teknikal kepada semua pasukan dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia
• Edaran global di Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand dan Greece

Penyertaan Rapido dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2025 bersama BOE Motorsports merupakan langkah penting untuk membina kredibiliti kejuruteraan Malaysia di pentas dunia.
Hari ini merupakan detik yang membanggakan bagi kami, ni kali pertama kami menghimpunkan media bersama pelumba Moto3, dan ia membuka lembaran baharu buat Rapido. Perjalanan kami sentiasa tentang kemajuan dan cabaran, dari Malaysia ke Asia Tenggara, dan kini ke arena dunia. Bersama BOE Motorsports, kami membuktikan bahawa kejuruteraan Malaysia mampu berdiri setaraf di pentas antarabangsa.
Mengenai Rapido
Rapido ialah jenama prestasi motosikal premium Malaysia di bawah Kee Kee Motor Sdn Bhd, menghasilkan komponen berprestasi tinggi untuk motosikal termasuk roda, sistem brek, suspensi dan aksesori enjin bagi moped, skuter dan motosikal berkuasa tinggi. Produk Rapido kini diedarkan di seluruh Asia dan Eropah.



Leave a comment