HJC Helmets, peneraju global dalam inovasi helmet motosikal, telah melantik Tuned by Qbee sebagai pengedar rasmi baharu mereka di Malaysia, menggantikan pengedar rasmi terdahulu. Langkah strategik ini membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kehadiran HJC di pasaran tempatan dengan perkhidmatan yang lebih mantap.
Sebagai pengedar terbesar jenama helmet premium di Malaysia seperti Axxis, Bell, MT, NHK, Simpson dan Scorpion, pelantikan ini menambah kekuatan Tuned by Qbee sebagai peneraju pengedaran helmet di negara ini.

Bagi meraikan kerjasama ini, Tuned by Qbee memperkenalkan siri terkini HJC iaitu RPHA, F Series dan juga i Series yang menampilkan inovasi dalam keselesaan, aerodinamik dan perlindungan penunggang. Model eksklusif seperti RPHA 31, RPHA 60, RPHA 72, F31,i80 dan flagship F-100 Carbon akan mula dijual di pengedar sah HJC seluruh negara bermula [23 Oktober 2025] dengan harga menarik.
“Kami berbesar hati menyambut HJC ke dalam keluarga jenama kami,” kata [Manfred Ng], [Pengasas] Tuned by Qbee. “Siri RPHA, F dan i membawa teknologi, gaya dan perlindungan bertaraf dunia untuk penunggang tempatan. Kerjasama ini juga membolehkan kami menawarkan sokongan selepas jualan yang lebih baik serta model baharu yang lebih menarik pada masa akan datang.”



Leave a comment