Aveta Motor Malaysia memperkenalkan dua model skuter baharu bagi tahun 2026, iaitu Viper 180 dan Bellagio 125, memberikan penunggang di Malaysia lebih banyak pilihan, sama ada untuk kembara jarak jauh yang sporty mahupun tunggangan dalam bandar yang lebih kemas dan praktikal.

Direka untuk memenuhi keperluan penunggang moden yang semakin berkembang, kedua-dua model ini menggabungkan prestasi praktikal, rekaan kontemporari dan ciri teknologi terkini pada harga yang kompetitif.

Viper 180 — Prestasi Sporty dengan Keupayaan Touring

Viper 180 direka untuk penunggang yang mahukan prestasi lebih bertenaga, teknologi lebih menyeluruh, serta jarak perjalanan yang lebih jauh dalam sebuah skuter.

Dikuasakan enjin 174cc, 4-injap yang menghasilkan 13.6kW pada 8,500rpm, Viper 180 menawarkan pecutan yang responsif untuk kegunaan di bandar mahupun perjalanan lebuh raya. Tangki bahan api 10.5 liter serta jarak roda yang lebih panjang membantu meningkatkan kestabilan dan jarak perjalanan, menjadikannya sesuai untuk touring jarak sederhana tanpa mengorbankan praktikaliti harian.

Ciri premium termasuk:

  • Paparan TFT 7-inci dengan fungsi skrin sentuh, lengkap dengan fungsi rakaman dan ulang tayang.
  • Dashcam hadapan terbina dalam menyokong keperluan rakaman tunggangan.
  • ABS dwi-saluran dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh diaktif/nyahaktif
  • Handlebar boleh laras untuk keselesaan ergonomik yang lebih baik
  • Sistem lampu LED penuh

Ditawarkan dalam pilihan warna Arctic White, Midnight Black, dan Storm Gray, Viper 180 mengukuhkan kedudukannya sebagai antara skuter paling lengkap dari segi ciri dan teknologi dalam kelasnya.

Bellagio 125 — Elegan, Praktikal dan Mesra Bandar.

Bagi penunggang yang mengutamakan gaya dengan keselesaan penggunaan harian, Bellagio 125 menampilkan konsep moden-retro yang sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar.

Enjin 124cc memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan penjimatan bahan api untuk perjalanan harian. Jarak roda 1,300mm yang seimbang pula membantu mengekalkan kestabilan tunggangan sambil kekal mudah dikendalikan ketika melalui trafik.

Ciri termasuk:

  • Paparan digital LCD berwarna penuh
  • Port pengecasan USB
  • Cermin angin bergaya klasik
  • Rel pemegang belakang gaya klasik
  • Tangki bahan api 6 liter

Ditawarkan dalam Diamond White, Pistachio Green, dan Carbon Black, Bellagio 125 menampilkan keseimbangan antara sentuhan retro yang ikonik dan ciri moden yang praktikal.

“Dengan Viper 180 dan Bellagio 125, kami menawarkan dua pengalaman skuter yang benar-benar berbeza — satu menekankan prestasi touring yang sporty, dan satu lagi menampilkan keselesaan serta praktikaliti bandar dengan gaya yang elegan,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan, Aveta Motor Malaysia. “Kedua-dua model ini mencerminkan komitmen kami untuk membawakan nilai, teknologi dan rekaan yang dekat dengan keperluan penunggang Malaysia.”

Viper 180 dan Bellagio 125 kini boleh didapati di pengedar sah Aveta di seluruh negara.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger