Menjelang ketibaan sambutan Hari Raya, Hong Leong  Yamaha Motor (“HLYM”) telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik  Kampung Yamaha edisi ke-28. 

Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (“MMSDA”),  kempen tahun ini yang bertemakan “Pakai Lengkap, Balik Selamat” telah dirasmikan oleh  Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, bersama Pengerusi MMSDA Datuk Wee  Hong serta pemegang taruh utama industri yang lain. 

Kempen ini menggesa rakyat Malaysia untuk mengutamakan keselamatan jalan raya dan  memakai kelengkapan perlindungan yang sesuai sebelum memulakan perjalanan pulang ke  kampung. Ia diluncurkan pada masa yang kritikal, kerana menurut Polis Diraja Malaysia  (“PDRM”), Malaysia mencatatkan lebih 6,000 kematian jalan raya pada tahun 2025, dengan  hampir 70% daripadanya melibatkan penunggang motosikal. 

Ketika berucap di majlis tersebut, Loh Heng Choy, Pengarah Urusan HLYM, menegaskan  bahawa tanggungjawab HLYM terhadap penunggangnya melangkaui sekadar urusan jualan. 

“Di HLYM, dedikasi kami terhadap keselamatan telah sebati dalam falsafah reka bentuk dan  pembuatan kami. Kami menganggap diri sebagai rakan kongsi dalam perjalanan anda, dan  komitmen kami melangkaui ruang pameran. Melalui kempen ‘Pakai Lengkap, Balik Selamat’,  kami ingin memperkasakan setiap penunggang agar bertanggungjawab terhadap keselamatan  diri. Perkara mudah seperti mengikat topi keledar dengan betul atau melakukan pemeriksaan  sebelum menunggang adalah langkah keselamatan yang penting bagi anda dan orang  tersayang. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap penunggang yang  menghidupkan enjin bersama kami, menamatkan perjalanan pulang ke pangkuan keluarga  dengan selamat.” 

Bagi memberikan sokongan nyata kepada penunggang, HLYM juga telah melaksanakan siri  inisiatif keselamatan berimpak tinggi. Ini termasuk Program Pertukaran Topi Keledar, yang  membolehkan penunggang menukar topi keledar yang telah rosak dengan pengganti yang diluluskan oleh SIRIM, serta Pemeriksaan Keselamatan Motosikal 8-Mata Percuma yang  dikendalikan oleh juruteknik pakar HLYM. 

Walau bagaimanapun, meskipun pemeriksaan di lokasi ini merupakan langkah awal yang  penting, HLYM amat menasihatkan semua penunggang untuk mengunjungi Pusat Servis  Yamaha terdekat bagi penyelenggaraan menyeluruh dan servis tambahan untuk memastikan  motosikal mereka benar-benar sedia untuk perjalanan jauh.

Susulan pelancaran yang berjaya di Seremban, HLYM akan meneruskan misi ini ke Segamat  pada 15 Mac 2026 dan Rawang pada 17 Mac 2026, bagi membawakan sumber keselamatan  kritikal terus kepada komuniti. 

Kempen ini disokong oleh rakan penaja bersama yang dihargai berikut: 

● AEON Credit Service (M) Berhad 

● Berjaya Sompo Insurance 

● GIVI Asia Sdn Bhd 

● Hong Leong Bank 

● Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 

● KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd 

● Maxxis 

● Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 

● NGK 

● RK South Asia Sdn Bhd 

● X-dot (Xdot) 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger