Baru-baru ini sebuah ekspo motosikal antarabangsa pertama telah diadakan di PWTC (MotoXpo KL 2012) yang berlangsung dari 22/2/2012-26/2/2012. Ia merupakan acara yang buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia. Malaysian Riders sempat berkunjung ke tapak pameran untuk melihat sendiri jentera-jentera yang dipamerkan buat pengunjung yang hadir dan jujur dikatakan ia agak mengecewakan kerana penganjur gagal untuk menarik lebih banyak nama-nama besar dalam arena motosikal.
Namun begitu, ada sesuatu yang menarik perhatian wakil Malaysian Riders sedikit. Ia merupakan sebuah jentera yang kurang mendapat perhatian dari pengunjung jika dibandingkan dengan pameran oleh KTM yang mempromosikan jentera KTM DUKE 200 mereka. Jentera yang dimaksudkan disini adalah keluaran dari pembuat motosikal dari Taiwan, SYM.
T2 250i atau Wolf SB250Ni, ia merupakan motosikal berkapasiti 250cc dalam kategori “naked bike” yang dijangka akan menjadi pesaing kepada jentera dari NAZA iaitu model BLADE yang telah mendominasi pasaran 250cc jenis “naked bike”. Tiada butiran lanjut tentang motosikal dari SYM ini dan pemerhati-pemerhati pasaran motosikal Malaysia menjangkakan ia bakal masuk dalam pasaran tempatan dalam suku ke-2 atau ke-3 2012.
Namun sehingga ia diumumkan, hanya spekulasi sahaja yang boleh diperkatakan buat masa ini. Dibawah adalah spesifikasi yang diberikan oleh SYM untuk jentera ini.
cun moto nie..!
single selinder?mesti x best mcm bunyi ninja 250@cbr 250 bunyi mcm hampesss…