Baru-baru ini sebuah kempen motosikal baru telah dijalankan oleh kerajaan Great Britain bagi menekankan isu keselamatan pengguna motosikal di jalan raya. Ia bertujuan bagi memupuk kesedaran dan mendidik kepada pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan lain yang berkongsi penggunaan jalan raya.

Dalam fakta yang dikeluarkan oleh peneraju kempen ini, pengguna motosikal berhadapan dengan 50 kali ganda kemungkinan untuk menghadapi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah atau kematian.

Ini bukan sahaja sebuah andaian atau teori oleh kempen yang dijalankan malah ia terbukti dengan fakta kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Jadi kempen ini amat penting bukan sahaja di Great Britain malah ia boleh diaplikasikan kepada penunggang dan pemandu di seluruh dunia.

Bagi pemandu-pemandu di jalan raya, kempen ini mengingatkan untuk menitik beratkan beberapa faktor penting bagi mengelak dari menjadi ancaman kepada penunggang motosikal, antaranya:

  • Memastikan jarak yang selamat
  • Memeriksa dan memastikan tiada motosikal sebelum menukar lorong
  • Meletak kereta dalam posisi yang selamat untuk pengguna jalan raya khususnya motosikal
  • Memeriksa dan memastikan jarak pengguna motosikal semasa berada di simpang-simpang

Selain dari itu, penunggang motosikal sendiri harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan denagn langkah-langkah seperti

  • Penggunaan helmet bersesuaian
  • Memakai aksesori keselamatan yang betul
  • Menunggang secara defensif
  • Mengambil inisiatif untuk meningkatkan skil kawalan motosikal dengan betul

Tonton video dibawah untuk mendapatkan idea memandu secara defensif.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama berusaha bagi meningkatkan kefahaman tentang pengguna jalan raya yang menunggang motosikal bagi mengurangkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

One response to “Kempen Motosikal “Think Bike! Think Biker!””

  1. Kecuaian Pemandu Membahayakan Penunggang | Malaysian Riders Avatar

    […] sebuah jentera tidak bernyawa. Kami pernah menulis tentang sebuah kempen Think Bike! Think Biker! (Boleh dilihat disini) dan ia merupakan satu kempen yang baik bagi mengurangkan kemalangan antara kenderaan lain dengan […]

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger