Baru-baru ini sebuah kempen motosikal baru telah dijalankan oleh kerajaan Great Britain bagi menekankan isu keselamatan pengguna motosikal di jalan raya. Ia bertujuan bagi memupuk kesedaran dan mendidik kepada pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan lain yang berkongsi penggunaan jalan raya.
Dalam fakta yang dikeluarkan oleh peneraju kempen ini, pengguna motosikal berhadapan dengan 50 kali ganda kemungkinan untuk menghadapi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah atau kematian.
Ini bukan sahaja sebuah andaian atau teori oleh kempen yang dijalankan malah ia terbukti dengan fakta kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Jadi kempen ini amat penting bukan sahaja di Great Britain malah ia boleh diaplikasikan kepada penunggang dan pemandu di seluruh dunia.
Bagi pemandu-pemandu di jalan raya, kempen ini mengingatkan untuk menitik beratkan beberapa faktor penting bagi mengelak dari menjadi ancaman kepada penunggang motosikal, antaranya:
- Memastikan jarak yang selamat
- Memeriksa dan memastikan tiada motosikal sebelum menukar lorong
- Meletak kereta dalam posisi yang selamat untuk pengguna jalan raya khususnya motosikal
- Memeriksa dan memastikan jarak pengguna motosikal semasa berada di simpang-simpang
Selain dari itu, penunggang motosikal sendiri harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan denagn langkah-langkah seperti
- Penggunaan helmet bersesuaian
- Memakai aksesori keselamatan yang betul
- Menunggang secara defensif
- Mengambil inisiatif untuk meningkatkan skil kawalan motosikal dengan betul
Tonton video dibawah untuk mendapatkan idea memandu secara defensif.
Dengan itu, marilah kita bersama-sama berusaha bagi meningkatkan kefahaman tentang pengguna jalan raya yang menunggang motosikal bagi mengurangkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.