Niccolo Antonelli

image credited to hondaproracing.com

San Carlo Honda Gresini Moto3 telah mengambil langkah berani dengan menampilkan seorang pelumba muda yang berbakat dari Itali dan tempat yang sama lahirnya mendiang Marco Simoncelli. Dilahirkan pada 23 Februari 1996 di Cattolica, Itali. Beliau adalah anak kepada pelumba hebat iaitu Igor Antonelli.Pencapaiannya sepanjang beberapa tahun lepas ialah Juara Kejohanan CIV 2011 dan Juara Italian MiniGP 50cc 2008. Memulakan karier sebagai pelumba pada usia muda iaitu sejak berusia 8 tahun.

Memiliki gaya yang seakan-akan Marco Simoncelli, mungkin ini yang menarik perhatian bos besar Team San Carlo Gresini iaitu Fausto Gresini untuk menawarkan status pelumba kepada Niccolo Antonelli bagi mengibarkan cabaran San Carlo Gresini dalam Moto3. Menggunakan nombor #27 dan harapan untuk menyerlah tahun ini mungkin dalam proses mengambil pengalaman.

image credited to zimbio.com

Pelumba berusia 16 tahun ini dalam perlumbaan pertamanya dalam saingan Moto3 telah menunjukkan bahawa dia mempunyai kebolehan untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman dalam perlumbaan kejuaraan dunia. Dalam perlumbaan pembukaan di Qatar baru-baru ini, Niccolo hanya berada di tempat ke-17 dan hanya 2 tempat di belakang untuk mendapatkan mata terakhir dalam kejuaraan moto3.

image credited to gresiniracingmoto3.com

Kelahiran pelumba-pelumba muda dari eropah sememangnya sesuatu yang patut dijadikan contoh kepada arena permotoran tempatan. Pihak yang terlibat dari tanah air sepatutnya memperbanyakkan lagi perlumbaan dan juga sesi litar (Trackday) untuk penunggang-penunggang cilik merasai keadaan sebenar didalam litar. Tidak dinafikan kejuaraan cubprix kini menjadi tempat kelahiran jaguh-jaguh tempatan seperti Zulfahmi Khairuddin dan Hafiz Syahrin yang kini bersaing diperingkat antarabangsa.

Namun sekiranya usaha pembanggunan sukan permotoran dapat difokuskan dengan lebih teliti, ia tidak menjadi sesuatu yang mustahil buat Malaysia untuk memiliki lebih ramai jaguh-jaguh sukan permotoran di peringkat antarabangsa.

Disediakan Oleh: Rizman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s