Mat Rempit, gelaran yang sinonim dengan penunggang-penunggang motosikal di Malaysia. Apa sebenarnya gejala merempit ini? Hasil dari pemerhatian kami, orang ramai melabelkan mat rempit ini sebagai penunggang-penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya dan turut mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Terdapat juga sesetengah pihak yang terus melabel pengguna motosikal kecil sebagai mat rempit. Jadi adakah benar pendapat orang ramai ini terhadap golongan ini? Mari kita perbincangkan.
Gejala merempit ini sudah terlalu lama menular dalam masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Jadi apakah yang berlaku sebenarnya? Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? Pertama sekali, yang menjadi punca utama adalah tiada didikan dan pemantauan yang tegas oleh institusi kekeluargaan seseorang “Mat Rempit” itu sendiri. Ini menyebabkan seseroang itu mudah terjebak dengan kegiatan sebegini kerana terlalu bebas sehingga terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan.

Seterusnya, kurangnya kemudahan yang mempunyai kadar bayaran yang mampu dibayar oleh remaja-remaja ini. Sekali lagi ditegaskan, kekurangan kawasan seperti litar, kawasan lapang khas untuk mencuba jentera dan sebagainya sememangnya menjadi masalah paling utama dalam isu ini. Setakat ini, hanya terdapat lim sahaja lokasi yang boleh digunakan, pertama sekali Litar Antarabangsa Sepang yang bukan sahaja mempunyai kadar sewaan yang mahal tetapi kadar kekerapan aktiviti yang diadakan juga adalah terhad. Kemudian terdapat pula litar go-kart seperti litar USJ dan litar Melaka yang sememangnya menjadi tumpuan namun tidak cukup untuk menampung keperluan jumlah peminat sukan ini yang ramai.
Negara seperti di Eropah mempunyai lebih 30 buah litar dalam negara meraka dan ini memberikan kemudahan kepada peminat sukan permotoran disana untuk menguji jentera mereka dan juga kemahiran mereka. Dari situ juga, mereka mudah untuk menghasilkan pelumba-pelumba berbakat sejak dari umur bawah 12 tahun. Jadi sekiranya negara Malaysia ini khususnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan perihal negara dan sukan tanah air ini mempunya impian dan cita-cita untuk mempunyai pelumba bertaraf antarabangsa yang lebih ramai. Mereka perlu menegaskan perkara ini secepat mungkin.
Jadi, apakah yang ingin dibangkitkan oleh kami adalah. Sememangnya kami bersetuju bahawa gelaja merempit ini merupakan sesuatu yang negatif. Namun, tidak pula kami menyokong sepenuhnya untuk menyalahkan mereka dalam hal ini. Malah, isu ini merupakan isu seluruh rakyat Malaysia dan ia boleh diperbaiki dan dikurangkan agar isi kritikal ini boleh diselamatkan sebelum ia merosakkan negara sendiri.
Jadi apa langkah yang perlu dilakukan adalah, ibu bapa perlu tegas dalam mendidik dan menyokong minat mereka dan berusaha untuk membantu mereka dalam mencapai impian mereka. Seterusnya, pihak bertanggungjawab dalam perihal urusan negara perlulah agresif dalam membangunkan lebih banyak kawasan yang sesuai dan juga litar untuk kegunaan rakyat yang datang dari latar belakang sederhana. Akhir sekali, masyarakat perlu menyokong dan turut menyumbang idea dan mungkin menyumbang tenaga agar tidak menjadi golongan yang hanya pandai mengkritik namun tiada apa yang positif diberikan oleh mereka.
Kami berharap, usaha kami dan semua pihak dapat diketengahkan lagi supaya isu mat rempit ini dapat dikurangkan dan seterusnya dikawal agar tidak menjadi perosak bangsa dan negara.