image credited to visordown

Sekali dibaca, tajuk ini seakan-akan merujuk kepada sebuah perkahwinan artis tempatan yang diwar-warkan oleh rencana hiburan tanah air. Namun, realitinya ia merujuk kepada pembelian Audi terhadap jenama motosikal eksotika dari bumi Itali iaitu Ducati.

Audi, sebuah syarikat pembuat kenderaan dari Jerman yang merupakan pemilik untuk dua lagi jenama besar iaitu Volkswagen dan juga Lamborghini kini sudah sah menambah satu lagi nama besar kedalam dakapan mereka. Dengan pembelian Ducati ini, Audi secara tidak langsung akan bersaing rapat dengan sebuah syarikat dari Jerman iaitu BMW dalam persaingan untuk mendominasi arena permotoran 2-tayar global ini.

Dibeli dengan harga 860,000,000 Euro yang bersamaan lebih kurang RM3.4 billion Audi kini akan membawa transformasi kepada syarikat motosikal eksotika ini. Namun, samada ia akan membawa impak positif atau negatif hanya masa mampu memberi jawapan. Adakah selepas ini, motosikal Ducati akan menjadi lebih “sensible” seperti apa yang berlaku dengan Lamborghini Aventador yang dikatakan “sangat mudah dipandu seperti memandu sebuah kereta Audi yang besar” oleh pengulas dari rancangan Top Gear UK Richard Hammond.

Apa pun, ia sudah menjadi lumrah dalam industri automotif ini untuk berlaku jual beli antara pemain utama industri ini bagi mendominasi pasaran global. Kami dari Malaysian Riders tidak merasakan ia akan memberikan kesan terlalu besar untuk arena motosikal tempatan yang agak kecil ini.

Sumber: Visordown.com | Reuters

Leave a comment

Previous Post
Next Post

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger