Kecuaian Pemandu Membahayakan Penunggang

Kerap kali kita akan terdengar kes-kes dimana terdapat penunggang motosikal yang dirempuh dan dihalang  jalannya hingga mengakibatkan kemalangan. Apabila ini berlaku, risiko kepada penunggang adalah tinggi untuk mendapat kecederaan serius sehingga boleh meragut nyawa.

Jadi hari ini, kami ingin menyentuh isu kecuaian pemandu lain dalam hal ini. Jalan raya seperti apa yang kita semua sedia maklum adalah ia merupakan hak bersama. Bukan untuk diri sendir, tetapi untuk kegunaan semua. Jadi kita perlu tanamkan sikap tolak ansur dalam diri agar perkara-perkara yang tidak diingini boleh dielakkan dari berlaku. Secara jujur, penulis sendiri juga seorang penunggang motosikal dan juga seorang pemandu kereta. Kebanyakkan dari kita juga merupakan pemandu dan juga penunggang, jadi tidak adil kalau kita katakan perbincangan ini berat sebelah atau bersifat untuk memburukkan reputasi pemandu khususnya di Malaysia.

Untuk itu, apa yang sering berlaku? Kecuaian pemandu di jalan raya kini berlaku dari sikap pemandu masa kini yang sering ingin melakukan banyak tugasan atau perkara dalam waktu yang sama “multi-tasking”. Apabila ini berlaku, fokus pemandu terhadap persekitarannya menjadi kurang sehingga boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Tidak disangkalkan bahawa manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan, namum dalam hal ini kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain selain dari mengingatkan diri sendiri.

Antara perkara yang sering dilakukan oleh pemandu baik lelaki atau perempuan adalah:

  • Bercakap menggunakan telefon semasa memandu
  • Sibuk menukar siaran radio atau menukar lagu
  • Terlalu rancak bersembang dengan penumpang lain
  • Sibuk bersiap sama ada mengenakan alat solek atau memperkemas diri
  • Sibuk melayan laman sosial seperti facebook atau twitter dengan telefon bimbit

Berikut merupakan sedikit perkara yang menyababkan pemandu lalai dan akhirnya membawa kepada kecuaian dan kemalangan. Selain itu, terdapat juga jenis pemandu yang agresif dan mementingkan diri sendiri. Pemandu sebegini sememangnya perlu ditegur dan sekira ada diantara pembaca mengenali seseoarang yang bersikap sedemikian atau sendiri melakukan perkara sebegini, kami harapkan anda boleh menegur atau berubah agar perkara yang tidak diingini boleh dielakkan. Antara perkara yang dilakukan oleh pemandu jenis sebegini adalah seperti:

  • Tidak memandu didalam lorong yang betul (makan jalan dan sebagainya)
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Tidak memberi isyarat menukar lorong
  • Memandu terlalu perlahan
  • Memandu laju serta merbahaya (Seakan-akan berlumba)
  • Menghalang atau menyukarkan motosikal untuk memintas
image credited to source: http://www.flhsmv.gov

 Banyak lagi contoh yang boleh diberikan, namun ini sudah memadai kerana apa yang penting adalah sebagai seorang pemandu. Perlulah kita sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran kita dan perlu sentiasa ingat bahawa motosikal ini walau sebesar mana kapasitinya, ia tetap sebuah jentera yang kecil dan mudah terlindung dan berada dalam kawasan “Blind Spot”. Jadi beringatlah sebelum terlambat dan elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan pengguna lain khususnya penunggang motosikal.

Near miss during Gizmag.com BMW S1000RR Tes Ride Session caught on video.. Link to video: http://youtu.be/MxneAvv2D4A

Elok juga kalau sebagai pemandu, kita menerapkan dalam fikiran kita untuk melabelkan penunggang motosikal sebagai seorang individu dari sebagai sebuah jentera tidak bernyawa. Kami pernah menulis tentang sebuah kempen Think Bike! Think Biker! (Boleh dilihat disini) dan ia merupakan satu kempen yang baik bagi mengurangkan kemalangan antara kenderaan lain dengan motosikal. Akhir kata, memandulah dengan selamat dan cermat semoga kita semua tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat.

2 Comments

  1. satu la KESILAPAN BESAR pemandu..
    mindset dorg “moto roadtax murah” so jalan ni ak punye ak bayar lebih..
    ape yg ak nampak bile ade rider yg mengadu salah driver..

  2. Heya i am for the first time here. I found this board and
    I to find It really useful & it helped me out a lot.
    I hope to give one thing again and aid others such as you
    aided me.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s