Letih apabila khabar angin asyik dihebahkan dan dijadikan bahan cerita bagi pelumba pasukan Ducati dalam kejuaraan dunia MotoGP. Valentino Rossi yang kini menjadi buah mulut media-media antarabangsa dan tempatan kini kecoh memainkan isu ini yang sememangnya tidak mempunyai asas dan sumber yang kukuh.

Namun, sekiranya ia menjadi kenyataan. Ia bukanlah sesuatu yang kita selaku peminat sukan permotoran boleh berbuat apa-apa. Yang pasti, setiap yang perkara pasti akan menemui pengakhirnya dan mungkin sudah tiba masa untuk Rossi berehat selepas bertahun-tahun mendominasi sukan ini.

Walaupun kemungkinan itu ada, kami dari Malaysian Riders merasakan apa yang penting kini adalah buat pasukan Ducati dan Valentino Rossi untuk cuba memperbaiki kedudukan mereka dalam kejuaraan ini dan berusaha mencapai kejayaan sehingga ke hujung musim 2012 ini.

Apapun, kepada peminat-peminat sukan permotoran khususnya peminat fanatik Valentino Rossi yang berada diseluruh pelosok dunia perlu sentiasa memberi sokongan padu kepada beliau agar sekiranya ini musim terakhir buatnya. Maka ia akan menjadi satu kenangan yang indah buat pelumba Itali kelahiran Urbino, Itali itu.

Sila klik untuk berita lebih lanjut tentang MotoGP

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger