Dengan pelbagai isu yang menjadi bahan cerita kepada seluruh peminat sukan permotoran khususnya motosikal, dimana Valentino Rossi kini kian dikaitkan dengan menamatkan kariernya hujung tahun ini. Bukanlah sesuatu yang enak untuk didengari oleh peminat setia “The Doctor” ini. Kini timbul pula cerita yang mana ia mungkin boleh menjadi penyedap hati kepada peminat-peminat yang inginkan aksi Valentino diteruskan.
Didalam sebuah temubual olok-olok diantara Valentino dan bapanya, dia dipetik berkata yang dia menyukai dan mengikuti perkembangan WSB dan mungkin akan berlumba dalam kategori Superbike selepas beberapa tahun lagi bersama MotoGP. Walaupun ia hanya sebuah temubual olok-olok, namun ini menunjukkan Valentino masih belum lagi ingin berhenti dari kariernya sebagai seorang pelumba.
Kami juga berharap bahawa Valentino akan satu hari berhijrah kedalam WSB untuk menambah lebih banyak aksi menarik yang sememangnya terbukti terjadi didalam perlumbaan-perlumbaan didalam siri kejuaraan dunia superbike itu. Apapun, masa akan menjadi penentu kepada berita ini.