Pusingan 1: ARRC

Semalam menyaksikan pusingan pertama bagi kejohanan ARRC diselesaikan dengan aksi-aksi yang menarik dari pelumba tempatan dan juga jaguh-jaguh dari Asia yang berentap bagi mendapatkan momentum yang terbaik pada pusingan pertama kejohanan untuk dijadikan bekalan pada pusingan seterusnya yang akan dilangsungkan di litar Sentul, Indonesia.

Perlumbaan ke-2 menyaksikan aksi yang lebih agresif sehingga menyebabkan 11 pelumba terlibat dalam kemalangan sehingaa bendera merah terpaksa dikibarkan bagi menghentikan perlumbaan sebelum ia disambung semula. Kedua-dua perlumbaan Supersport dimenangi oleh juara tahun lalu, Katsuaki Fujiwara dari pasukan Manual Tech BEET Kawasaki Racing. Fujiwara menyatakan bahawa saingan perlumbaan ke-2 sangat sengit hingga mengakibatkan tayarnya hilang cengkaman apabila bersaing dengan kelompok dihadapan.

Tempat kedua dan ketiga kedua-duanya dimiliki oleh pelumba pasukan MUSASHi Boon Siew Honda Racing yang ditunggang oleh Ryuichi Kiyonari dan Azlan Shah Kamaruzaman. Zamri Baba yang menunggang jentera Yamaha terpaksa berpuas hati ditempat yang ke-4 sahaja. Perlumbaan menyaksikan masa yang dicatatkan sedikit perlahan berbanding tahun lepas.

Kami dari Malaysian Riders berharap dan berusaha untuk memberikan informasi terkini pada masa akan datang. Dengan itu, teruskan bersama kami disini.

SUMBER
Lawati laman ARRC disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s