Pada 6 haribulan Mei 2012 tempoh hari dan bertempat di Shah Alam, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan sebuah motosikal jenis skuter terbaru mereka yang dinamakan Suzuki Nex. Sebuah skuter yang dikatakan sebagai skuter yang paling berkuasa dalam kelasnya dan mempunyai penjimatan minyak yang terbaik dengan jarak 52km untuk 1 liter.
Dalam ucapan rasmi oleh pengarah urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. iaitu En. Toru Kobayashi, dia menyatakan bahawa Suzuki Nex ini direka untuk sasaran pasaran dari generasi muda kerana reka bentuk yang dikatakan trendi dan kendalian yang sangat mudah.
Kendalian yang mantap dikatakan dapat dicapai dengan rekabentuk yang mempunyai pusat graviti yang lebih rendah dan juga hasil dari pengurangan berat yang dilakukan dalam proses pembikinan jentera ini.

Kami dari Malaysian Riders merasakan jentera ini akan menjadi pesaing pasaran kepada jentera keluaran Modenas baru-baru ini iaitu ACE 115. Kami akan cuba berikan ulasan penuh untuk jentera ini dalam masa terdekat.
Untuk keterangan spesifikasi Suzuki Nex ini sila klik DISINI