Saya selaku wakil dari Kelab GGB ingin berkongsi ride singkat  kami yang berlangsung pada tarikh 24hb yang lalu, seramai kira-kira 30 orang pemilik jentera bekuasa tinggi iaitu motosikal Naza Blade atau lebih dikenali sebagai Hyosung GTR dalam pasaran antarabangsa selain dari jentera Kawasaki Ninja. Ride ini dirancang pada saat-saat akhir kerana kebetulan kebanyakkan sahabat-sahabat kami berkelapangan masa pada waktu tersebut. Perbincangan telah dilakukan dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang pantas iaitu didalam facebook  Hyounsung/Naza Blade Gtr 250/650.

Kami bekumpul di dua tempat dahulu, kumpulan yang berada dari kawasan Kuala Lumpur atau central akan berkumpul di bengkel pomen kami yang terletak di Paya Jaras Hilir. Manakala kumpulan yang dari arah utara akan berkumpul di kawasan rnr latar iaitu rnr Kundang Barat. Pada jam 9.30 pagi kami memilih untuk makan mee udang banjir di kuala selangor namun hampa kerana kedai mee udang tersebut tutup, maka kami terpakasa mengubah tentatif program ke kedai mee soto yang berdekatan.

Namun bukan tujuan makan dan memenuhkan perut sahaja yang kami harapkan, apa yang menjadi harapan kami adalah untuk berjumpa dan beramah mesra sesama ahli yang kebayakkan masa hanya berborak didalam laman sosial atau forum-forum sahaja. Maka dengan ride yang dilakukan ini, ia dapat mengumpulkan ahli-ahli yang ada dengan tujuan untuk mengenali dengan lebih rapat lagi antara satu sama lain.

Program berakhir pada jam 2.00 petang dengan masing-masing bersalaman sesama ahli dan berharap akan bertemu lagi kerana sebahagian dari kami ingin menghabiskan hujung minggu bersama keluarga pula. Terima kasih kepada yang hadir pada ride tersebut, tidak lupa pada En.Azlan selaku wakil dari pengguna Kawasaki Ninja yang memberi sokongan dan sudi untuk turut serta dengan ride kali ini. Akhir kata, ribuan terima kasih saya selaku wakil ahli GGB kepada pihak Malaysian Riders kerana sudi menerbitkan artikel ini.
Disediakan Oleh: along_rwg

3 responses to “Ride Santai GGB”

  1. Jai Avatar
    Jai

    perghh…menarik

  2. Muhamad Azwan Avatar

    hmm.. aku xde.

  3. alongrwg Avatar
    alongrwg

    azwan…meh gambo ko..aku suh editor masukkan

Leave a comment

Previous Post
Next Post

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger