Konvoi Kelab MYXJ6

Gambar Kenangan

Pada 9 haribulan hingga 10 haribulan Jun 2012 kelab MYXJ6 telah mengadakan sebuah ride amal ke Sik sempena menyambut ulang tahun Kelab MYXJ6. Ia telah dijalankan secara bersama oleh 23 orang pemilik Yamaha XJ6. Konvoi ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara peserta disamping memberi peluang untuk turut membuat sebuah amal bagi membantu pihak yang kurang bernasib baik.

Ahli kumpulan telah mula berkumpul dihentian restoran jejantas Sungai Buloh seawal jam 5.30 pagi bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Konvoi mula bergerak menuju ke hentian seterusnya di Tapah selepas taklimat dan bacaan doa daripada penaung Kelab iaitu En Wan Kedah. Setibanya di hentian Tapah, Konvoi meneruskan perjalanan sebelum berhenti sekali lagi untuk sarapan pagi kali ini di Kuala Kangsar. Disitu juga kovoi telah disertai oleh peserta-peserta dari Perak.

Sewaktu dalam perjalanan ke Grik, salah satu daripada motosikal peserta telah mengalami sedikit masalah. Namun atas semangat setia kawan yang tinggi dari kalangan peserta, masalah teknikal tersebut telah dapat diatasi bagi meneruskan perjalanan. Selepas makan tengah hari di Grik, ahli kumpulan bersama-sama dapat menikmati pemandangan dan kehijauan panorama laluan Gerik–Sik. Laluan berliku ini memberi peluang kepada kami untuk menguji kemampuan diri serta jentera masing-masing sebelum tiba ke destinasi kami. Setibanya kami di Daerah Sik, penduduk digegarkan dengan deruman enjin ahli-ahli MYXJ6 apabila para peserta tiba di Serendah Si Kebun Bunga Holliday Homes untuk penginapan pada jam 3.00 petang.

Pada sebelah petang, para peserta bersama-sama bermandi manda di sungai sambil bersantai menikmati buah-buahan tempatan. Selepas makan malam pula, peserta dibawa untuk merasai kenikmatan berendam di kolam air panas Ulu Lenggong. Pada kesokan hari, selepas taklimat dan sesi fotografi, konvoi mula menuju ke rumah anak-anak yatim Gemilang daerah Sik pada pukul 10.30 pagi untuk menyampaikan sedikit sumbangan daripada peserta. Kemudian kami mula menuju ke Alor Setar pada pukul 1 petang untuk sajian makan tengah hari sambil menikmati pemandangan sawah yang luas terbentang. Terima kasih kami ucapkan kepada Sweeper kami En Fadzil dan keluarga kerana telah bersusah payah memberikan layanan terbaik untuk semua.

Rumah anak-anak yatim Gemilang

Konvoi mula bergerak pulang pada jam 3.00 petang diketuai oleh En Zainal dan En Adi. Perjalanan sejauh 1070 km kali ini benar-benar mencabar kekuatan fizikal dan mental kami. Namun Ride amal ini telah mencapai objektif serta memberikan pengalaman paling bermakna kepada kami semua. Sedikit pesanan daripada Penaung Kelab En Wan Kedah, “Terima kasih buat semua family Myxj6 dan semua Pendekar2 dan Panglima2 yg telah menderma dan memberikan semangat kerjasama yg amat tinggi semasa RIDE Amal Si kini”. Kami dari Malaysian Riders mengucapkan tahniah kepada kelab MYXJ6 atas kejayaan ride amal mereka kali ini dan berharap aktiviti seumpamanya dapat diadakan dengan lebih kerap bukan sahaja dari pihak MYXJ6 malah dari semua kelab-kelab motosikal lain di Malaysia ini.

Disediakan Oleh: Riza Sharom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s