Sabtu ini, pihak Malaysian Riders akan menjengah sedikit sebuah acara yang dinamakan 2-Wheels Palooza. Ia akan diadakan bermula 30 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012, bertempat di tempat letak kereta stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Berdasarkan aturcara yang diberikan kepada pihak kami, program ini dilihatkan sebagai sebuah program yang penuh dengan pelbagai aktiviti.
2-Wheels Palooza 2012 ini merupakan sebuah acara yang dibawakan khas buat penggemar sukan permotoran dan motosikal negara oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti “Drag Race” dan “Gymkhana“. Apa yang pasti, pengunjung pastinya tidak akan berasa bosan dengan jumlah aktiviti yang disediakan dan juga pertunjukan-pertunjukan yang sememangnya diharapkan bagi menceriakan lagi suasa acara kali ini.
Masuk adalah percuma kepada semua pengunjung dan ini sepatutnya dapat memberi galakan kepada orang awam untuk menghadiri acara ini. Apapun, kami dari Malaysian Riders akan menghadiri dan cuba dapatkan sedikit gambaran atau fokuskan tentang apa-apa aktiviti yang kami rasakan menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.
Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk informasi dan berita yang terkini dari dunia permotoran tanah air dan juga antarabangsa.