Semalam Malaysian Riders telahpun berada di litar Elite USJ di Subang bagi melakukan sesi pengambaran dokumentari Lumba. Dengan berbekalkan semangat dan keinginan kami untuk menjayakan dokumenatari pertama kami. Sempena Selangor Motor Race ini juga kami turut menyokong sebuah kumpulan sukan permotoran motosikal ini iaitu United Leperianz dengan usaha merekan dalam memeriahkan kategori 2 lejang.

Tiada apa yang boleh kami katakan buat dokumentari ini buat masa ini dengan proses pengambaran perlumbaan akan berakahir hari ini. Jadi, semua perkara perlu kami laksanakan pada hari ini agar tiada kesulitan yang akan berlaku sewaktu proses pasca-produksi nanti.

Apapun yang terjadi, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan juga anda semua kerana telah menyokong usaha kecil kami ini dan memberi peluang untuk kami kongsikan pandangan kami tentang dunia permotoran tanah air ini. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders bagi mengikuti perkembangan dokumentari ini pada masa akan datang.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger