Selangor Motor Race

Minggu ini merupakan minggu yang kritikal buat krew perfileman Malaysian Riders dengan kerjasama LOLO Production. Mengapa? Kerana buat pertama kalinya, pihak Malaysian Riders akan mengikuti selama seminggu perjalanan dan persiapan seorang penunggang bagi menyertai sebuah kategori perlumbaan pada pusingan kali ini. Perjalanan ini merangkumi secara khusus tentang bagaimana, kenapa, dan bila penunggang itu akan berlumba.

Penunggang yang kami maksudkan disini adalah Muhammad Nasrul Afiq, seorang pemuda yang berusia 20 tahun dengan cita-cita dan keinginan untuk berlumba dengan cara yang betul. Beliau bukanlah seorang pemuda yang sering berlumba dalam perlumbaan seperti ini. Namun, kami tertarik dengan semangat beliau yang ingin berlumba dengan betul sehingga datanglah idea unutk melakukan sebuah dokumentari pendek berdasarkan perjalanan hidupnya dalam 1 minggu terkahir sebelum perlumbaan.

image credited to http://redtheracer.blogspot.com

Krew Malaysian Riders dan LOLO Production bukanlah sebuah kumpulan produksi yang mempunyai kemudahan perlatan yang terbaik untuk proses perfileman kami. Namun ini juga tidak boleh kami jadikan alasan untuk tidak memberikan sokongan yang termampu kepada pemuda ini dan juga kepada pihak Selangor Motor Race yang berusaha sejak dari awalnya untuk menarik peminat-peminat sukan permotoran khususnya kenderaan dua tayar ini.

Kami berharap kepada semua pembaca kami dan juga sesiapa sahaja yang telah sedikit sebanyak mengikuti perkembangan Malaysian Riders ini untuk menyebarkan informasi ini dan juga artikel ini agar ia boleh mendapat liputan meluas. Bukan untuk Malaysian Riders sahaja, malah dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak memberikan persepsi yang positif kepada masyarakat tentang sukan permotoran ini dan masa depannya untuk pembanggunan negara.

Teruskan bersama kami untuk kemaskini akan datang tentang dokumentari pertama dari Malaysian Riders dan LOLO Production.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s