Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang jentera yang pernah kami bincangkan sebelum ini iaitu jentera dari syarikat tanah yang dikenali sebagai Redza Motorcycle. Baca artikel kami sebelum ini disini. Sememangnya telah diperbincangkan sebelum ini tentang bila ia akan ditayangkan kepada umum dan kini orang ramai boleh melihat sendiri kelibat jentera ini di Tesco Puchong.

Wakil kami sempat menjengah lokasi bagi melihat sendiri jentera yang disebut-sebut sebelum ini. Namun, tidak semua model yang ada di lokasi dengan hanya Bellissimo 250 sahaja yang ada pada waktu tersebut. Jentera yang menjadi sebutan selama beberapa bulan ini iaitu Velocita 250 masih belum ada buat masa ini (pada waktu itu) dan dikatakan model yang lain akan ada dalam minggu ini.

Apapun, tidak ada apa yang boleh kami katakan buat masa ini dengan harga jentera Bellissimo 250 ini dikatakan beharga RM9,999. Kami akan cuba dapatkan peluang untuk mencuba sendiri jentera ini untuk dikongsikan bersama semua pihak dalam masa akan datang.

Gambar Oleh: Rizman

3 responses to “Redza Motorcycle Diperkenalkan”

  1. taufiking Avatar

    wow bila nak launch ni
    9,999 murah gila utk 250
    pls update ya!

    1. yus penang Avatar

      salam,di utara di mana lihat model ni?

  2. sje Avatar
    sje

    tak de nampak pown model nie…dah msok lom psaran malaysia????????

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger