14 Julai yang lalu, pihak Malaysian Riders telah menghadiri majlis pelancaran “2nd South East Asia Harley Davidson Owners Group (S.E.A.H.O.G)” bertempat di Naza World, Petaling Jaya. Jawatankuasa SEA HOG bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Sarawak untuk menganjurkan perhimpunan di bawah bimbingan YBhg Datuk Haji Talib Zulpilip, penolong Menteri Pelancongan di Sarawak.
Jelajahan SEA HOG ini akan berlangsung selama 9 hari di Sarawak yang bermula 15 – 23 haribulan November 2012, dan jelajahan ini bermula daripada lokasi di Kuching sehingga tamat jelajahan di Bintulu dan kembali semula di Kuching. Peserta yang menyertai jelajahan ini adalah seramai 300 penunggang Harley Owners daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Malaysia untuk berhimpun sekali lagi bagi menjayakan jelajahan ini.
Agenda jelajahan yang dianjurkan oleh SEA HOG adalah untuk memperkenalkan Sarawak sebagai salah satu tempat pelancongan yang terbaik di Malaysia pada mata dunia. Jelajahan ini juga disokong oleh pihak luar seperti Agent Pelancongan dan Borneo Tours dan Borneo Travel Alliance. Tidak lupa juga kami daripada pihak Malaysian Riders berharap agar matlamat mereka akan tercapai seperti yang diharapkan.
Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini dan berita terkini tentang dunia permotoran tanah air dan antarabangsa.


