Pastinya menjadi cerita panas untuk penggemar jentera Ninja khususnya jentera yang berkapasiti 250cc di Malaysia dan juga seluruh rantau Asia tenggara. Pihak Kawasaki baru-baru ini telah mendedahkan tentang penaikkan taraf buat jentera yang amat sinonim dalam arena 250cc di seluruh dunia iaitu, Ninja 250R.

Indonesia telah dipilih oleh Kawasaki bagi pelancaran model Ninja 250R terbaru ini yang mana Indonesia dikatakan sebagai market terbesar buat jentera kelas 250cc dari pembuat motosikal dari Jepun itu. Ternyata, perbezaan industri permotoran antara Malaysia dan Indonesia jelas begitu besar apabila pelancaran sebuah jentera global seperti Ninja 250R ini dilakukan disana. Kami dari pihak Malaysian Riders amat teruja dengan berita ini dan sememangnya tidak dapat menafikan keinginan yang membuak-buak untuk melihat sendiri jentera yang diberi nafas baru oleh Kawasaki ini dengan mata sendiri.

Boleh dikatakan hampir setiap aspek termasuk akselerasi jentera ini telah diberikan perhatian dan sentuhan pembaharuan oleh kawasaki bagi meneruskan dominasi antarabangsa mereka dalam kelas 250cc. Fokus yang diberikan oleh Kawasaki terhadap jentera Ninja 250R jelas memberikan impak terhadap kedudukan mereka dalam industri permotoran global bagi sektor kelas permulaan. Jentera ini dikatakan akan menerjah masuk kedalam pasaran bermula 2013 secara berperingkat mengikut permintaan pasaran.

Tidak perlu kami perkatakan tentang pembaharuan dari segi rupa bentuk jentera Ninja 250R ini dengan ia jelas menampakkan Kawasaki ingin menyelaraskan reka bentuk wajah keluarga Ninja seperti yang dilakukan kepada jentera Ninja 650R atau ER6F. Mengikut sumber tidak rasmi dari Malaysia, kemasukan jentera ini kedalam pasaran tempatan boleh dijangka selewat-lewatnya pada September 2012. Apapun, kami akan cuba bawakan informasi yang terbaru berkenaan perkembangan jentera ini dan kami harap akan dapat melakukan sebuah filem ulasan tentang jentera ini di masa akan datang.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan jangan lupa unutk singgah ke laman Youtube kami bagi menonton isi kandung dalam bentuk video dan dijemput untuk “LIKE” laman Facebook kami bagi mendapatkan cerita-cerita terbaru dari Malaysian Riders.

Disediakan Oleh: Tompoq (MRE)

One response to “Ninja 250R Baru”

  1. Kawasaki 300 for the Future | Malaysian Riders Avatar

    […] 300, but this is however somewhat a conflict between the one we previously reported on which is the 2013 Ninja 250R. From our source, the new Kawasaki will be on the displacement of 296cc and be available similar to […]

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger