Di Thailand, AP Honda Thailand baru-baru ini telah mencatat rekod penjualan jenama motorsikal Honda pada separuh pertama tahun 2012 ini dan mereka tidak akan berhenti disini sahaja malahan akan teruskan dengan aliran ini pada seluruh tahun.

Pihak Honda telah mencapai hasil jualan mereka pada 763,000 unit pada separuh pertama tahun ini daripada jumlah motorsikal yang dijual dalam lingkunan 1.1 juta. Ini adalah satu pertumbuhan ekonomi yang terbaik oleh pihak Honda dalam dunia permotoran. Pihak Honda memegang saham sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan jualan motorsikal jenama mereka pada bulan Jun iaitu dengan 142.317 unit yang telah dijual dan didaftarkan.

Dengan pertumbuhan jualan motorsikal tersebut sedikit sebanyak didorong oleh pelbagai faktor seperti faktor ekonomi yang positif di Thailand dengan keluaran kasar yang dijangka akan meningkat antara 5.5 dan 6.5 peratus dalam tahun ini dan serta faktor eksport yang dijangka meningkat sebanyak 15 peratus. Mungkin pada tahun hadapan dan seterusnya, pertumbuhan jualan motorsikal Honda akan meningkat dengan pesatnya. Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.