Buat julung kalinya, pihak Malaysian Riders dengan usaha sama LOLO Production dan juga Selangor Motor Race akan mengeluarkan sebuah dokumentari pendek yang berkisarkan tentang perjalanan dalam minggu terakhir seorang remaja yang mempunyai keinginan untuk berlumba secara betul.
Ikuti perjalanan Nasrul dalam usahanya untuk menyertai Selangor Motor Race yang dianjurkan baru-baru ini. Pihak Malaysian Riders kini sedang dalam proses pasca-produksi yang mana ia akan mengambil masa dalam jangkaan sehingga bulan Oktober 2012.
Ini merupakan usaha pihak Malaysian Riders dalam menyediakan kandungan kami kepada penonton kami dan para pembaca kami. Dokumentari yang dirakamkan sepanjang tempoh hampir 10 hari dengan hanya menggunakan kamera DSLR Nikon D3100. Sila tonton “teaser” dibawah ini dan bantu kami sebarkan tentang dokumentari ini.
Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mengikuti perkembangan dokumentari ini selain mendapatkan berita terkini tentang Sukan permotoran dan industri motosikal tempatan dan antarabangsa. Sila “LIKE” laman Facebook kami dan ikuti channel Youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.