
Valentino Rossi, penunggang yang menjadi fenomena apabila mencipta nama dengan menjadi juara dunia sebanyak 7-kali sememangnya sukar untuk hilang dari bibir-bibir peminat sukan permotoran. Nama beliau telah menjadi bahan celoteh berjuta-juta artikel dari pihak media seluruh dunia dengan setiap kali ada cerita tentang dirinya pasti akan menjadi tumpuan. Namun, kebelakangan ini nama beliau sedikit suram sejak menyertai pasukan Ducati apabila persembahannya kurang berjaya dengan pasukan pembuat motosikal dari Itali tersebut.
Kesukaran mengekalkan persembahan sebagai penunggang berkelas juara dunia bersama pasukan Ducati itu mungkin sedikit sebanyak memaksa dirinya untuk berhijrah sekali lagi bagi memastikan kariernya sebagai pelumba akan ditamatkan dengan gemilang. Khabar berita yang sebelum ini mengatakan bahawa Rossi akan pulang ke pangkuan pasukan lamanya iaitu Yamaha kini terjawab apabila mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa Rossi akan menyertai pasukan untuk musim 2013 dan 2014.
Kemasukan Rossi kedalam pasukan Yamaha ini dikatakan akan membawa penajaan baru dan ia juga akan meletakkan dirinya semula kedalam antara pencabar untuk kejuaraan dunia dengan jentera yang lebih dia fahami. Sekembalinya Rossi kedalam pasukan Yamaha akan meletakkan dirinya seiring dengan bekas rakan sepasukannya Jorge Lorenzo dan ini bakal menghangat saingan antara dua pelumba tersebut. Bercakap tentang saingan, sememangnya seluruh peminat penunggang no.46 ini akan mengharapkan dia akan kembali bersaing bersama kelompok hadapan dan tidak lagi sekadar menjadi pelengkap perlumbaan.
Kemasukan Valentino Rossi kedalam pasukan Yamaha juga akan digunakan kesempatan tersebut oleh Yamaha untuk menjalankan proses pembanggunan jentera YZF-R1 akan datang mereka. Ini juga seiring dengan jangkaan bahawa Yamaha akan kembali kedalam perlumbaan “World Superbike Championship” dengan jentera barunya. Tahun 2015 juga dikatakan bahawa Rossi akan berpindah masuk ke kejuaraan dunia tersebut dan kemungkinan besar usaha samanya bersama Yamaha akan menyaksikan penunggang Itali itu akan kekal bersama Yamaha sehingga kedalam kejuaraan WSBK itu.
Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan info terkini mengenai arena permotoran tempatan dan antarabangsa. Sila “Like” laman Facebook kami dan ikuti laman Youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.